Golongan Batiniah
Golongan ini mencampur-adukkan antara kebatinan dan tasauf sebagai satu helah untuk meyakinkan orang lain akan kebenaran mereka. Berlakunya pelbagai keajaiban pada mereka adalah amalan yang berupa pertolongan khadam kerohanian bukannya disebabkan keimanan dan mujahadah mereka. Mereka masih dilembah hawa nafsu keduniaan yang rendah, mereka mencintai hal-hal kelebihan seperti mencari harta karun, bersahabat dengan orang ghaib, menyeru roh pahlawan untuk menghasilkan silat ghaib, pengembaraan roh, tenggelam dalam ilmu perubtan dan kedukunan. Mereka berwirid ratusan ribu untuk mendapat perkara yang dihajati sedangkan hajat mereka adalah berbentuk keduniaan yang amat jauh sekali dengan matlamat ahli sufi yang sejati.
Saya tidak mengatakan semua aliran kebatinan itu sesat tetapi ianya tidak patut dikaitkan dengan tasauf. Kebanyakan guru yang memimpin mereka tidak sempurna perjalanan syariatnya, tariqahnya, hakikatnya dan makrifatnya. Ramai dikalangan mereka yang mendakwa didatangi para aulia seperti Syekh Abdul Qadir Jailani , wali sembilan dsb. Sesungguhnya setiap yang ghaib ada nyatanya, begitu juga setiap dakwaan ada suluhannya.
Nabi SAW bersabda, “ Jika kamu berkawan dengan penjual minyak wangi,nescaya baunya akan terkena bajumu, jika kamu berkawan dengan tukang besi,nescaya kepanasan besi akan memercik pada bajumu”
Berpandukan hadis ini, jika benar bahawa mereka bersahabat dengan wali Allah, nescaya mereka akan menjadi wali atau orang yang soleh, teguh berpegang pada syariat, kuat amalannya, sentiasa bermujahadah, sentiasa menangis takutkan Tuhan, mempunyai akhlak yang indah, zuhud dengan dunia dan sebagainya kerana terkena limpahan kerohanian orang yang didakwa wali Allah itu.
Pada setiap wali Allah ada limpahan dan barakah. Dengan melihat atau mendengar ceritanya sudah boleh mendatangkan perasaan ingin bertaubat kepada seseorang, sehingga dia menjadi manusia yang mencintai akhirat dan menjauhi dunia. Apatah lagi kalau bersahabat dengannya itu tidak lagi disaluti dunia dan kesombongan.
Saya tidak menolak atau membenarkan dakwaan mereka, namun dihati kecil saya berkata , alangkah kecilnya peranan Syeikh Abdul Qadir Jailani kini,. Dari seorang ulama dan wali besar, yang mendidik manusia kepada keimanan sehingga zamannya dipanggil zaman hidupnya agama, selepas meninggal hanya berperanan mengajar silat dan perubatan. Malah ada sesetengahnya mengajak Syeikh yang mulia ini mencari harta karun. Sepatutnya sebagai seorang syeikh , peranannya yang utama ialah mendapingi ulama-ulama untuk menasihati mereka memimpin manusia kearah usaha menguatkan agama. Wallahu alam, saya serahkan kepada Allah swt akan kebenaran dakwaan mereka.
ALHAMDULILLAH.. MCM KALAM TOKKU? BETUL KE? SESUATU YANG WAJAR DIAMBIL IKTIBAR
ReplyDeleteKalau dapat di compile semua amalan belagak yang di bongkarkan dan akan dibongkarkan di sini oleh yang menerima atau yang dah jazam...UNTUK BUAT SEMPADAN
ReplyDeletesian ko umar, xde saper nak komen kat blog ko...ape nak buat dah nasib badan....
ReplyDeleteibnu umar
ada org ingat aku dahagakan komen, tergila2kan komen sampai komen sendiri...
ReplyDeletekorang ingat aku gila glamer ke....bullshit laa bro....
nanti kalau korang tak leh komen dlm ini blog lagi jgn salahkan aku
pas ni aku akan buat perhubungan sehala aje....
korang masih dalam alam khayalan yg aku, lebai sendiri post, sendiri komen, sendiri sokong, sendiri bangkang...korang dah gila apa....banyak lagi benda berpekdah lain yg aku boleh buatlah....aku bukan makan komisen buat benda ni...aku buat lillahitaala aje....mungkin bahasa aku kasar...tapi itu cuma untuk menarik perhatian pembaca aje...alah cam belagak buat laaa....kalau belagak buat pandai korang backing dia....dia belagak pun korang kata dia melawak....satu je perkataan yg sesuai utk org macam ni....BALACI.
SEDARLAH DRP ALAM KHAYALAN KORANG TU...DAH RAMAI DAH BLAH DRP DS LAA...korang masih tak sedar2 lagi ke.....korang tengok ds dulu dan sekarang, korang tengok geng DBKL lah, pari lah, IWK lah (he he he) mana ada lagi....yg tinggal brp kerat je yg kotenya masih dipegang oleh belagak...tengok komen dlm blog ds, tengok nama2 yg komen bandingkan dgn nama2 dlm post2 terdahulu, mana perginya mereka2 ni......dlm diam dorang babai....korang tak perasan pasal duduk barisan depan sampai terkena tempias air liur belagak....sian kat korang...TERTIPU..
ReplyDeletekali pertama minta izin jazam ayat qursi dari blog DS. pastu bila dah amal selanjutnya. tengah amal ayat kursi tetiba tergerak untuk check maksud ayat qursi yang lengkap. trus aku bukak website ntah camane aku terbukak blog ni.. sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepada aku yg sebelum ni amat kagum dgn temberang2 TB. patut la semua cerita dia dia temberang. memang le temberang. bravo bro umar!!! 10 markah untuk anda!!!
ReplyDeletesaidina umar alkhattab dikatakan amat garang orangnye sehinggakan bekas tapak kakinye di jalanan mana yg pernah di jejakinye.. setan iblis pun tak berani lalu.. wallahua'lam
apende la masuk tarikat sebab nak jadik ghostbuster! main2 scan tapi comprehension terbatas dek knowledge yg cetek ibarat sekeping xray film tanpa result reading
ReplyDelete