26.12.10

Dr. Rashad Khalifa dan Kod 19

Kenalkah anda dengan Dr. Rashad Khalifa? Beliau adalah orang Mesir, ayahnya adalah seorang ahli sufi yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Beliau berhijrah ke Amerika Syarikat dan mempunyai PhD dalam Biokimia. Beliau menterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Inggeris atas ketidakpuasan hati dengan terjemahan semasa yang nampak berat sebelah (bias) oleh penterjemah orientalis. Itu antara biodata beliau.

Akan tetapi yang menarik tentang beliau adalah penemuan angka 19 di dalam Al-Quran yang mana angka ini adalah begitu ajaib (sebenarnya menjadi cubaan bagi beliau) yang menjadi mukjizat Al-Quran.

Angka 19 atau dipanggil kod 19 ini didapati daripada surah al-Muddatthir ayat 30 yang berbunyi "alaiha tis'ata asyar". Angka 19 ini dianggap sebagai satu angka keramat yang merangkumi setiap ayat dan huruf dalam al-Quran hingga menyebabkan jika hilang satu huruf dari Al-Quran pun maka kita boleh mengetahuinya dengan menggunakan kod 19 ini.

Dipendekkan cerita, akhirnya beliau telah menolak 2 ayat terakhir surah At-Taubah, alah korang para tok moh mesti tau punya ayat tu...Laqad jaa'akum hingga akhir. Beliau mengatakan yang 2 ayat tersebut menurut kod 19 adalah tidak kena dan perlu dibuang untuk memenuhi kod 19.

Itulah yang aku katakan tipudaya iblis ni amat halus dan licik, sedang Barshisha yang punya bermacam2 karamah pun boleh disesatkan hingga mati dalam kekafiran, inikan pula kita.

Bukan shj tolak 2 ayat pasal tak kena dgn Kod 19, malah beliau telah menolak Hadith dan akhirnya mengaku bahawa beliau adalah utusan Allah swt. Surah yasiin ayat 3 (innakalaminal mursalin) katanya adalah merujuk kepada beliau. Beliau juga menolak syahadah 'muhammadarrasulullah'. So jgn ingat org yang boleh sampai terjemah Quran tak terlepas daripada kekufuran...tulah yg kita takut....hidup islam mati kafir. Kena doa selalu moga kita mati dalam iman.

Akhirnya matilah dia dibunuh dan mati dalam keadaan kafir kepada Allah swt. Bukan dia saja, sekarang ni ada satu puak dipanggi The Submitter yang menjunjung ajarannya dan menjadikan dia sbg utusan Allah swt.....so korang tengok brp banyak pengikut Iblis untuk terjun ke jurang neraka hanya disebabkan oleh manusia Rashad Khalifa ni sorang je.

Itulah sebenarnya cara dan taktik licik Iblis laknatullah menyesatkan anak Adam....mula2 ok aje, siap jumpa kod 19 yang boleh diuji untuk mengelakkan Al-Quran drp dipalsukan dan akhirnya sampai menolak ayat Quran, bukan dia tak tahu ayat ttg " Inna nahnu nazzalnazzikra wa inna lahu lahafizun" - maksudnya lebih kurang Allah swt yg turunkan Quran, dan Allah swt lah yg akan menjaganya daripada ditokok tambah.

Pada pendapat akulah, kod 19 ni memang bukan kebetulan, iaitu mmg Allah swt yang Maha Mengetahui masa dulu kini dan akan datang telah pun meletakkan kod 19 dalam Al-Quran dan dalam masa yg sama menjadikan kod 19 sebagai cubaan kepada manusia yg benar2 mukmin atau yang munafik. Ini bertepatan dengan ayat dalam surah Muddassir juga iaitu exactly selepas ayat "alaiha tis'ata asyar"

ni ayat dia:

Muddassir 30: Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

31:Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan malaikat, dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran), dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu); dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: “Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?” Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.

Licik sungguh sang iblis untuk menambah member utk duduk dlm neraka selama2nya. Kalau iman dah habis, solat 5 waktu campur tahajjud, zikir juta2 pun dah tak de makna dah lagi.

Liciknya tipudaya iblis ni diturunkan kpd syaitan manusia bangsa yahudi dan kristian...korang penah dengar tak org kafir ni suruh kita jangan solat....mana ada.....tapi apa yg dia buat supaya kita tak solat....he he he senang je bhaiiii.....LETAK BOLA SEBIJIK JE KAT STADIUM, berpuluh ribu org Malaysia dan Indon tinggal solat.....ada dia suruh tok sah le solat maghrib.....tak de punya......



Habis cerita pasal Dr Rasyad Khalifa...masuk cerita Dr Hanaruddin Baharuddin lak. Aku maleh nak citer tapi korang pikir la sendiri.....kalau betul lah memang belagak ada ajar tambah huruf mim dalam perkataan ahad dalam surah al-ikhlas menjadi Qulhuallahuahmad atau seperti dalam blog Darulsaka ini:


http://darulsaka.blogspot.com/2010/04/derita-sihir-minyak-dagu.html

"Maka betullah tanggapan Den. Den pun bergerak ke arah kepala pesakit. Dengan tenang Den meletakan telapak tangan atas kepala pesakit... Abismillah.....Wahai Zat Wajibal Wujud , dgn kasih dan rahmatmu....tukarkan lah darah hambamu ni. Terus Den alirkan zikir didalam hati....terus ke dalam pembuluh darah pesakit. Apabila dalam pandangan Den darahnya sudah di penuhi nur zikir.....terus Den Lamkan Jantung..sambil mengikut petua guru...selepas darah...penuhkan zikir di sum sum tulang dan sendi sendi. "

Typographic error???? Korang rasa ye ke dak? Huruf a dgn b kat keypad jauh bro, huruf a kena tekan 'shift' untuk jadi capital A. So adakah ini kebetulan atau typo error atau kesilapan yg disengajakan, korang tanyalah tok guru korang sendiri..tanya sekali ttg solat malaikat?

Aku boleh kata ni dia masuk sikit2...alah cam simbol illuminati dajjal tu, sampai dlm cerita kartun spongebob pun dia ada kasi flash....kalau ikutkan org pun tak perasan....tengok iklan nickelodeon pun ada lambang 'all seeing eye' tak caya cari dlm youtube....

1: Katakanlah Allah itu adalah Ahmad - Qulhuallahu ahmad
2: Adakah dengan nama Allah? - Abismillah

Ini dinamakan kesesatan sirri yg mana org takkan minta ampun sebab tak perasan.

Cukup sampai di sini.

Fazakkir innama anta muzakkir, lasta 'alaihim bimusaitir - Maka berilah peringatan sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan, bukanlah engkau berkuasa memaksa mereka. - Al-Ghasyiah 21-22

Wassalam


8 comments:

  1. Kepada bekas2 murid yg dah mufaraqah harap dapat berkongsi pengalaman dan kesesatan bukan untuk membusukkan tok belagak tapi untuk menyelamatkan iman adik2 kita yg baru setahun jagung nak join darulsaka...sian kat dema. Nak tunggu depan Darulsaka utk bg tau bebudak baru, tak de masa, so gunakanlah kemudahan internet.

    iman tu lah yg paling penting untuk diselamatkan.

    Wahadditsu 'an bani israel wala haraja - hadith

    dan ceritakanlah kisah bani israel dan tidak menjadi salah.

    ReplyDelete
  2. Rasa macam nak menangis baca artikel ni. Syukur pada Allah yang telah beri petunjuk kepadaku siapa Tok Belagak yang sebenarnya.

    Aku cuma sempat niat aje tak sempat baca ayat 14 surah Al-Mulk, tak terbuat solat istiharah dan tak berpeluang berdoa depan Kaabah.

    Hanya dalam masa 12 jam Allah bagi petunjuk walhal sejam sebelum dapat petunjuk keyakinan aku pada Tok Belagak dan Darulsaka bertambah-tambah dari 100% ke entah berapa percent mungkin cecah 200%.

    Dan bila saja dapat petunjuk semuanya habis begitu saja. Macam kapalterbang terhempas... Macam bursa saham jatuh menjunam... zero, kosong, nil, ilek. Malah Allah terbalikkan hati aku dari menyokong kepada sebaliknya...

    Maha suci Allah...

    ReplyDelete
  3. Aku tahu masih ada gak pengikut TBelagak yang tegar. Buat mereka dan ahli-ahli yang baru suka gua nak berpesan, bersangka baik rendahkan diri dan selalu2 lah mohon petunjuk Allah. Korang beramal biarlah BERSIH dari selainNya especially berhala dalam diri sendiri. Sesungguhnya iradat/kehendak manusia itu berserta NAFSU. Nak ikut jalan musyahadah ke apa ke carilah guru yang IKHLAS nak membimbing. Kalau doa tak lekang, sosat macamana pun insyaallah dapat petunjuk Allah kelak, itu lah tarbiyah dari Nya. Syaratnya jangan sekali2 BELAGAK, main2 ke hatta berniat pun jangan.

    ReplyDelete
  4. pandai laaa ko belakon komen sendiri....palat...lahanat...mcm keling citer...paria....

    ReplyDelete
  5. Kenapa saudaraku mengalihkan perhatian kpd isu komen sendiri?

    Kenapakah tidak dijawab kes ABISMILLAH?

    Sila beri hujjah kenapa Abismillah kenapa tidak bismillah?

    Saya bekas murid belagak dan dapat amalan ini spt yg saya catatkan kaifiatnya.

    ReplyDelete
  6. boleh terangkan apa kegunaan abismillah tu menurut belagak?

    ReplyDelete
  7. Speaking of Rashad Khalifa, witness how he contradicted himself twice:

    http://islamic-replies.ucoz.com/2/Rashad_Khalifa_Contradicts_Himself.html
    http://islamic-replies.ucoz.com/2/Rashad_Khalifa_Law_Preservation.html

    ReplyDelete