13.10.10

Kesian org kita

Sebelum aku mula bicara, aku nak bg pengiktirafan pd belagak, dia ni bukan saja belagak, tapi mmg genius....otak mmg ligat.....biar aku buka strategi dia satu persatu.

1. Tarik seberapa ramai pengikut melalui kehebatan ghaib, scan, mengubat dsb. Benda yg dinyatakannya tak de sapa boleh kata ya tak de sapa boleh kata tidak sebab dia aje yg nampak. **tapi sekarang dah terbukti dah yang kita dah boleh kata tidak pada scan cap ayamnya

2. Bila dah ada pengikut yang ramai, dia pilih pengikut setia yang akan jadi yes man pada dia, jadi balaci, sanggup berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Melalui org2 ini, dia akan bagi ilmu yg pelik2 kununnya.....ilmu scan dsb....ilmu scan ni menurut belagak, kata putus adalah daripada Allah swt....so ada yang belajar kejap je dah dpt dan ada yg belajar bertahu2 tak dpt2....mcm sedara lebai lah menurut mereka ni....tapi kita baca apa kata saudara xpert ttg scan murid2 belagak....pasal scan belagak ni sah-sah dah dikantoikan oleh Sarip Dol. Baca di sini

3. Dia pun melebarkan pengaruhnya melalui pengikut setia yg akan mempertahankan dia walau apa pun yang terjadi.... dan pengikut setia dia ni akan digertak dgn cerita2 mati kote sana mati kote sini, kena tulah lah dan sebagainya jika engkar atau belot......

4. Bila dah ramai pengikut, dia buat duit melalui pengikut-pengikutnya dengan mengajar silat sempedi dan gayung fatani dan menjual pelbagai produk spt. tribulus, oilyman, bio-asli dan sekarang jadi agen dinar emas la pulok. Yang bagusnya ialah dia punya post dlm blog mengikuti setiap bisnes yang dia buat. Time nak ajar silat gerak, dia masuk cerita Wong Fei Hong dtg darulsaka, tribulus pun dia selitkan dlm blog dia, iklan lah katakan, oilyman dan bio-asli pun terang2 dia iklan, dan sekarang dia iklan emas pulak....hebat-hebat.

Otak bisnes dia mmg hebat dan wajib dicontohi, tak lupa juga adik-beradik dia Rozaimy dan Seri Bayu eh silap Siti Bayu kot....he he he...tapi otak penipu dan pembelit semata-mata kerana duit tu harap jadikan lah sempadan......lebih ditakuti lagi ajaran2 yang menyimpang dari ajaran islam seperti iblis = khidir, Adi Putra (guru hang tuah) adalah SAQJ, dewa-dewi, Rasulullah sbg Khadam ayat Qursi dsb.

Yang jadi mangsanya siapa? Org kita jugak...sian org kita.....yg skim cepat kaya pun org kita, yg nak jadi superman pun org kita.....semua pasal mengejar kekayaan dan kehebatan.....sedarlah wahai saudara ku sekelian, beramal/berzikir untuk kehebatan dunia maka di akhirat nanti anda akan kecewa....leburlah segala amalan.....jika ingin beramal ikhlaskan niat krn Allah swt semata-mata....bukan untuk tujuan keduniaan.....setakat lebur amalan ok lagi....kalau lebur iman sbb menyengutukan Allah swt dalam amalan......bukan lillahi taala......habis.....

Bagi aku belagak tak salah....tapi pengikut bebal dia yang salah....nak buat camana duit korang, salurkan lah ikut suka hati korang......

Akhir kata....KESIAN ORG KITA....