26.12.10

ABISMILLAH - ADAKAH DENGAN NAMA ALLAH?

PETIKAN AKHBAR HARIAN TENTANG TOK MOH SESAT

Abismillah ganti Bismillah

Abismillah ganti Bismillah
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin

JOHOR BAHRU: Ayahanda Gunung Ledang yang dikaitkan dengan kaedah perubatan tradisional meragukan dikatakan menyuruh pesakitnya mengubah ucapan Bismillah kepada Abismillah ketika mendapatkan khidmatnya.

Ini kerana lelaki berkenaan mendakwa ejaan kalimah yang membawa maksud 'dengan nama Allah' itu sebenarnya bermula dengan huruf alif dan bukannya ba.

Perkara ini didedahkan seorang pembaca Harian Metro yang pernah mendapatkan rawatan daripada pasangan warga emas terbabit yang mahu dipanggil sebagai Ayahanda dan Bonda.

Rahayu Ahmad melalui e-melnya mendakwa, terdapat beberapa perkara meragukan diamal pasangan berkenaan sepanjang dia menjalani rawatan di rumah mereka di kaki Gunung Ledang itu.


Rahayu berkata, dia pernah mendapatkan khidmat pasangan itu pada 15 Oktober lalu iaitu pada Aidilfitri ketiga selepas dibawa keluarganya kerana percaya dia terkena sihir.

"Saya meragui amalan, cara dan kaedah perubatan mereka tapi ayah amat mengagumi kepandaian pasangan itu. Antara yang menimbulkan keraguan saya ialah lafaz Bismillah yang ditukar kepada Abismillah.

"Lelaki itu mendakwa lafaz Bismillah salah kerana perkataan itu sebenarnya dieja bermula dengan huruf alif, bukannya ba," katanya.

Menurut Rahayu, pasangan terbabit menggalakkan pesakitnya memulakan sesuatu perbuatan atau pekerjaan dengan hanya membaca A'uzubillah Abismillah saja.

"Perkara yang paling meragukan saya ialah dakwaan mereka mempunyai ilmu agama tinggi sedangkan sepanjang tempoh rawatan selama 11 jam, saya tidak nampak mereka solat.

"Malah proses rawatan saya dilakukan pada waktu Maghrib dengan semua yang hadir berzikir dengan kuat tapi tidak mengerjakan solat," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang disoal siasat tidak mengaku dirinya 'Ayahanda Gunung Ledang' dan tidak mengetahui sama ada pihak lain memberikan gelaran berkenaan kepadanya.

Lelaki berusia 58 tahun itu mendakwa pelbagai gelaran diberikan kepada dirinya termasuk Tok Janggut, Tok Rongak.

Dia bersama seorang wanita berusia 51 tahun mendakwa hanya mengubat pesakit dengan mengenakan bayaran RM170 sebagai yuran pendaftaran sekali seumur hidup.

Keraguan lain yang ditimbulkan pasangan berkenaan ialah dakwaan Rahayu di bawah jagaan mereka sejak bayi, sedangkan Rahayu mendakwa tidak pernah mengenali, apatah lagi berjumpa pasangan itu sebelum ini.

"Ayahanda juga mendakwa boleh pergi ke sesuatu tempat atau destinasi secara ghaib, contohnya mendakwa pernah memasuki rumah saya tanpa dilihat atau disedari," katanya.

Menurut Rahayu, pada akhir rawatan, dia dimandikan dengan air gunung yang dicampur air limau sebelum diminta meminumnya.

"Saya tak pasti sama ada kaedah rawatan pasangan menyalahi syarak atau tidak, tapi meragui amalan kehidupan agama mereka berdasarkan apa yang saya lihat," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ), Yosree Ikhsan ketika dihubungi berkata, tindakan mengubah perkataan Bismillah menjadi Abismillah itu akan membawa kepada makna yang berlainan.

Katanya, Bismillah membawa makna 'dengan nama Allah' tetapi apabila diubah menjadi Abismillah secara langsung membawa makna 'adakah dengan nama Allah'.

"Perbuatan seperti itu boleh merosakkan akidah oleh sebab itu kami merayu kepada sesiapa yang pernah mendapat rawatan daripada lelaki berkenaan supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agama," katanya.


PETIKAN DARIPADA BLOG SEORANG MURSHIT BERGELAR SEAFOOD SEGALA SEAFOOD

http://darulsaka.blogspot.com/2010/04/derita-sihir-minyak-dagu.html

"Maka betullah tanggapan Den. Den pun bergerak ke arah kepala pesakit. Dengan tenang Den meletakan telapak tangan atas kepala pesakit... Abismillah.....Wahai Zat Wajibal Wujud , dgn kasih dan rahmatmu....tukarkan lah darah hambamu ni. Terus Den alirkan zikir didalam hati....terus ke dalam pembuluh darah pesakit. Apabila dalam pandangan Den darahnya sudah di penuhi nur zikir.....terus Den Lamkan Jantung..sambil mengikut petua guru...selepas darah...penuhkan zikir di sum sum tulang dan sendi sendi. "


PERSOALANNYA

Kenapa sama penggunaan ABISMILLAH?? Sedangkan sorang di kaki gunung ledang sorang di kota kemuning?

Hanya satu saja jawapannya.....Cikgu dia sama....iaitu Iblis yg dianggap Khidir. Bukti cikgu dia Iblis adalah BERLAGAK...semua bawah tapak kaki kiri dia.....mengaku sifu segala sifu.

Kita belajar sirah nabi Muhammad saw, ada ke kita terbaca atau dengar baginda berlagak?? Nabi bantu Yahudi yang hina dia yg lempar kotoran pd dia lagi adalah....ada nabi doakan org yg hina baginda dikenakan bala termasuk anak, bini, mak, bapak, sedara-mara.....ehhh apa punya guru daaa...kata sufi.....kata ahli musyahadah....kata jalan kasyaf.....tengok video clip maher zain pasal sifat nabi dalam lagu THE CHOSEN ONE tak nampak pun nabi belagak....tak taulah kalau tok guru belagak tu pun the chosen one.

16 comments:

  1. bila masa pulak TB mendoakan bala kepada anak bini sedara mara orang? Kau buat cerita tak baik.

    ReplyDelete
  2. kau tau apa....nak bukti dia? mureed dia semua tahu...yg ada mailing list semua tahu...

    ReplyDelete
  3. from COO <1darulsaka@gmail.com>
    reply-to darulsaka@googlegroups.com
    to "darulsaka@googlegroups.com"
    date Sun, Jun 13, 2010 at 9:42 AM
    subject RE: <>DARUL SAKA<> Qiamullail
    hide details Jun 13

    Wahai Zat Wajibal ujud ko laknatilah SPY ini...ko matikanlah semua keturunannya.


    from COO <1darulsaka@gmail.com>
    reply-to darulsaka@googlegroups.com
    date Sun, Jun 13, 2010 at 10:35 AM
    subject RE: <>DARUL SAKA<> Qiamullail

    Selepas ni kita buat Yasin 40...dgn niat seluruh keturunan hancus ..tgk depa ada berani ke tak...mak dan ayah sekali terlibat...keturunan Mendeliar hidup pun tak guna...


    COO to darulsaka2010, darulsaka
    show details Jun 13
    from COO <1darulsaka@gmail.com>
    reply-to darulsaka@googlegroups.com

    date Sun, Jun 13, 2010 at 2:58 PM
    subject <>DARUL SAKA<> Petunjuk Solat Hajat SAQJ

    Selepas sekian solat hajat dan yasin 40 dan Aurad nampaknya seorang sudah menampakan Notis Kematian dalam petunjuk didalam mimpi sesudah solat hajat SAQJ malam tadi...

    he he.he..Honeymoon di Cameron Highland...


    COO to darulsaka
    show details Jun 13
    Semuga apabila mereka mati...selepas ini..mana2 pihak yg nak buat fitnah akan fikir 18x sebelum buat apa2....so kena kasi example....



    COO to darulsaka
    show details Jun 13

    Cara DEN kasi mati je seluruh keluarga...
    Kalau dia mati dulu baru DEN stop

    ReplyDelete
  4. ni lah rupa tok guru kebanggaan korang....pd mureed2 baru lah....yg lama semua dah tau perangai dia....tu yg ramai2 blah...mufaraqah.

    Kami nak menambah ilmu agama tp silap tempat....

    anak adam

    ReplyDelete
  5. Hati yang penuh dgn penyakit...
    Astaqfirullah, jauhkanlah hati-hati kami dari penyakit2 hati Ya Allah...amin

    ReplyDelete
  6. kaifiat bismillahirrahmanirrahim

    mula2 baca 1000x bismillahirrahmanirrahim setiap hari selama 40 hari

    then baca 1000x Abismillahirrahmanirrahim setiap hari selama 40 hari

    then baca 1000x Abismillah setiap hari selama 40 hari.


    tanya lah murid2 yg dah terima dan jazam amalan ni.

    INI BUKAN MAIN2 WOO.....INI BAB AQIDAH.

    ADAKAH DGN NAMA ALLAH???

    ReplyDelete
  7. Benarkah 'A' tu membawa maksud 'Adakah'? Mari belajar bahasa Arab. Klik link kat bawah.

    http://kamus.javakedaton.com/index.php

    Dalam kotak hijau kat sebelah atas kat laman web tu taip ADAKAH lepastu klik butang Terjemah.

    Ini jawapannya...

    a (hamzatul istifhaam)

    So memang betul 'a' maksudnya 'adakah' so abismillah membawa maksud "adakah dengan nama Allah".

    astaghfirullah...

    ReplyDelete
  8. Bahaya tul tersilap pilih guru cam TB ni
    Awak yang jahil ingat nak cari ilmu
    sekali dapat amalan cam ni dengan iman-iman sekali lebur.

    ReplyDelete
  9. waqul ja alhaqqa wazahaqal batil, innal batila kana zahuqa

    ReplyDelete
  10. umar ko ni nama muhammad aqashah ka
    kat fb gambar ada geng dgn sarip dol, mahathir gak ka, geng dgn lebai tanah jawi yg ada gambar dgn arafat tu...

    ReplyDelete
  11. eh camana ko tau ya? alamak dah pecah tembelang aku...he he he...

    sebenarnya akulah:
    -karma
    -jabat
    -lebai
    -saripdol
    -sabri
    -xperts
    -tok sombong
    -tok belagak
    -hanaruddin baharuddin
    -rozaimy baharuddin
    -rosbayu baharuddin
    -mohd akasha
    -haron din
    -tok guru buta sebelah (dajjal) kat NS
    -ibnu adam
    -ust wan asrul
    -emjay
    -hamdan
    -epal
    -ombak
    -sapa lagi yg tertinggal?

    aku lah gerila....gerila mana leh bg tau nama,nak tau mau suruh belagak scan, tak pun suruh adi scan, ibnu adam dah tak leh scan tu pasal dia dah cabut, suruh rozaimy scan lah senang.

    ok lah utk pengetahuan korang den lah tok belagak, den buat semua ni pasal den nak tengok siapa mureed yg taat dan sapa mureed yg derhaka, so den dah tau dah sapa yg taat dan sapa yg derhaka....yg taat pada den ikut je apa den suruh tinggalkan apa yg den larang, beli tribulus den byk2, beli omeh den banyak2, hadiahkan den duit, aircond, carpet, tolong den cuci jamban, tolong angkut air mineral banyak2 (den boleh je angkat sendiri pakai ilmu den, den kan sifu segala sifu, den kan sampai langit pun boleh pegi, takat bawak mineral tu, bawah tapak kaki je, cuma den nak tengok sapa mureed den yg paling layak untuk dapat gelaran baruah, pariah, balaci den jo). so dah terang den akan angkat HAMDAN, HALMY dan MOTUNER untuk pangkat BARUAH, PARIAH dan BALACI masing-masing.

    Untuk liley lak, nanti den nikah ghaib dgn dia kek langit ke 77 dinikahkan oleh SAQJ disaksikan oleh Khidir n malaikat serta rijalulghaib.

    so sekarang identiti den dah den bongkarkan.

    ReplyDelete
  12. saya tiada apa-apa kaitan dengan umar cuma saya sependapat dengan umar sahaja....so saya bukan umar....kalau tak percaya suruh tok belagak scan nama saya Muhammad Aqashah bin Salleh....kalau dia scan yg saya ni tetap umar, tinggalkan lah dia, sesungguhnya dia pembohong besar.....

    ReplyDelete
  13. aku peminat setia umar..bagus2 umar..haha. bongkarkan lagi penipuan belagak...dajal kecik je tuh.

    ReplyDelete
  14. eheheh..liliey pon kene tempiash ek..minah tu kalo kek fb takmo layan pempuan der..kalo jantan baru dia layan. manjaaaa gitu

    ade ke aku tya dia cane nk join zikir dia suh aku masuk seminar perawat dulu.bayar yuran. ehhh aku nak zikir saja2 jek ukan nak jd ghostbuster

    ReplyDelete
  15. yg aku heran pehal dorg yg muda2 ni baru jer kenal zikir terus pasang niat nak jadik ghostbuster. tu yg bile dpt mimpi pelik sket terus cite dlm fb. dpt terapung badan sket time zikir terus sembang makam dah naik. abes orglen yg pernah ade pengalaman serupe yg selama ni dok diam2 lillahitaala bile dengar sembang dorg ni jadi terikut sama kembang2 bontot sangka dah listed jd ahli syurga terus malas nak wirid. kalo setakat wirid dpt jd ghostbuster jek watpe!

    ReplyDelete
  16. yg pesakit2 tuh toksahler bile jumpe perawat asal sembuh sket jek terus jadi fanatik kat perawat tuh. sedar ler ilmu,ilham,jodoh pertemuan,kesembuhan tu dtg dpd allah jua. perawat cume perantara. jgn ler bile org tu tersihat pahtu si perawat nak claim pesakit tu terhutang budi seumur hidop kat dia. siap cite2 dlm blog mende yg sepatutnye P&C..x ikhlas la camtu. doktor kat spital servis beribu2 patient sebulan pon xde wat lagu tu der! ni kan plak perawat yg terang2 amik upah secara personal dr pesakit.

    ReplyDelete