28.2.11

Membuang Saka Sambil Menderma


Seperti yang DEN janjikan hadiah istimewa ...

Offer buang Saka secara jarak jauh. Sila bank in kan rm 50 di mana2 akaun yang tertera dibawah. Kemudian email pada DEN slip pembayaran. Dulu DEN pernah buat at rm 30..lepas buang ramai tak bank in pun walhal itu untuk sumbangan Surau di Sg Besi..lantak korang le..So untuk mengelak perkara yang sama..DEN minta kasi proof.

Kempen bermula hari ini sehingga 15.Apr.2011 sahaja.

Just sediakan air mineral 2 botol dan limau nipis 12 biji. Den buang saka tak guna barang cuma ini untuk precaution incase ada side effect.

http://www.maahadtahfizalkholidi.blogspot.com/

Sila baca blog diatas.

Maahad Tahfiz al Kholidi akaun no 5520 2202 1434 Maybank Islamik Berhad.

Sebenarnya tidak terhad kepada sekolah tahfiz diatas..kalau ada sekolah pondok yang memerlukan derma...please give the info.

Masalah Rumahtangga - Suatu Penelitian


Ketika ini Den sedang menikmati sarapan pagi termurah di KL. Tempatnya ada aircond di tingkat 5 menara Citibank dengan view yang menarik di jalan Ampang. Morning meeting Kumang F9 dengan Carigali tingkat 40. Bayangkan Teh tarik rm 1.00 aje beb..Roti Canai 80 sen. Kalau kat KLCC sorry le beb.

Suami Isteri tiba2 beralih arah dengan segala sebab. Puncanya memang banyak dan kekadang tak logik.

Kaedah Berubat - Tidur


Suatu kaedah yang pernah popular suatu ketika dahulu...lepas tu adalah tuduhan2
songsang yang mengatakan ianya menggunakan Jin..Siapakah yang mencetus tuduhan2
tersebut ? Entah entah Bomoh yang dah terpeleot atau tergolek dog. Sekarang ni pun
ada gak perawat yang kata penggunaan limau atau daun bidara sesat..siapa dia ye
si mangkuk tu ? Walhal ilmu terlalu cetek maka main borong je semua tu sesat. Allah
s.w.t Maha Kaya..semua ilmu ni tak sampai setitik dari air lautan pun. Pada makhluk
memangle nampak best dan tinggi..maka wajar kita mengambil fahaman bahawa betapa luasnya ilmu Allah.

Kaedah rawatan secara tidur ni ada beberapa jenis.

26.2.11

Komen drp blog DS dlm post Mulut Masin:

"Alhamdulillah selepas tepon tok arituh.. dengan keizinan Allah s.w.t saya sekrg da semakin sembuh da... buat pengetahuan saya xpenah pon jumpe ngan tok.. cume berckp dengan tok dalam telefon.. dan lagi saya dok brunei jea..lepas jea 5-10min call.. ade semcm yg jadi atas diri saya.. tetibe tubuh saya panas.. dari tengkuk. sampai la kebawah.. pelik tapi ne la kenyataannyer. saya punyer body mmg da lame asyik sejuk jea.. slalu sakit2.. kalau xsilap nak scan ne hati mesti bersih + ikhlas kot.. (betulkan jika saya salah) sebab ne dari ustaz yang pernah nak biarkan saya tgk sendiri ape yg terjadi dengan hanya membasa al-ikhlas sebanyak2nyer dan bermohon pada Allah. tapi yeala da geram sgt + hati xikhlas kot so xnampak la.. org yg slalu tgk bende2 camne pon biasanyer dulu slalu nampak but bile kne suh tgkkan saya. sebab saya xley tgk sendiri.. dia pon xnampak (yeala kazen so mmg panas ati sape yg buat kat saya)pada yang xpercaye ilmu scan2 ne..mmg korg cetek ilmu sgt.. dan pada para pemfitnah2 DS and Tok Belagak.. saya doakan semoga Allah membukakan hati korang supaya sedar akan kesalahan korg n sempat bertaubat sebelum ajal menjemput korg.. *peace no war*"

Den tak kata salah den tak kata betul....ni den dpt email drp seseorang lak:

"Saya **********, saya ada call Rozaimy suruh scan saya, katanya ada saka, lps tu dia buangkan saka dari jauh, katanya dia halau je, kalau nak buang terus RM130, so dipendekkan cerita, katanya dia rujuk pada Tok Belagak

25.2.11

Malikul Mulk

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi saw. bersabda:
"Sesungguhnya nama yang paling rendah di sisi Allah Taala adalah orang laki-laki yang memakai nama raja segala raja.

Dalam suatu riwayat, Muslim menyebutkan:
Orang yang paling dimurkai di sisi Allah pada hari kiamat dan yang paling buruk adalah orang yang memakai nama raja segala raja, sedangkan tidak ada raja selain Allah.

Kenapa tak boleh guna gelaran atau nama Raja segala Raja? Bukankah raja tu manusia....kita faham tuhan itu adalah tuhan dan raja adalah raja....so kalau ikut akal tak salahpun guna nama atau gelaran RAJA SEGALA RAJA.

Alasan tidak boleh menggunakan gelaran Raja segala Raja kerana dalam surah An-Nas ada menyebut bahawa Allah swt ialah MALIKINNAS = RAJA KEPADA MANUSIA.

SIFU SEGALA SIFU (sifu adalah daripada bahasa cina dialek kantonis/guangdong), jika bahasa mandarin (bahasa rasmi China) disebut LAO SZE. Dalam bahasa Melayu bermaksud guru atau pengajar atau sesiapa yang mengajar.

Persoalannya bolehkah gelaran SIFU SEGALA SIFU atau guru segala guru digunakan oleh manusia?

Dalam surah al-Alaq ada menyebut ÁLLAMAL INSANA MAA LAM YA'LAM = DIA (ALLAH) MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUI (OLEH MANUSIA ITU)

Dalam konteks ini, seandainya Allah swt menyebut Dia sebagai Raja kepada sekelian manusia dan Dia murka jika ada sesiapa yang mengaku atau menggelar diri sbg Raja segala Raja (malikul mulk)........

Maka Dia juga memberitahu manusia bahawa Dia mengajar manusia apa yang manusia itu tidak tahu. Tidakkah Allah swt murka jika seandainya ada di kalangan manusia yang menggelar dirinya GURU SEGALA GURU atau SIFU SEGALA SIFU sedangkan guru segala guru adalah Allah swt yang mengajar manusia apa yang dia tidak tahu?

Adakah Allah swt murka jika seorang manusia menggelar dirinya RAJA? Tidak, raja atau al-malik boleh digunakan oleh manusia.....begitu juga gelaran GURU, tidak salah menggunakan gelaran guru.

Yang salahnya adalah RAJA SEGALA RAJA dan SIFU SEGALA SIFU... gelaran2 ini mengundang MURKA Allah swt dan seburuk-buruk gelaran (menurut hadith).

Apatah lagi yang mengaku sebagai SIFU SEGALA SIFU ialah orang yang juga menggunaan gelaran yang buruk seperti BELAGAK....semua org tau berlagak adalah satu sifat MAZMUMAH.

Megah adalah satu daripada penyakit hati.....siapa boleh kata Hanaruddin tidak berlagak tidak bermegah.....siapa kata hanya dlm blog shj dia berlagak.....kalau yang jumpa setakat sekali dua, takyah nak nilai lah.....jadi anak murid baru tau.

So gandingan SIFU SEGALA SIFU DAN TOK BELAGAK kita dah tau dah siapakah Wali ini samada wali A atau wali I.

NABI PUN TAK BERLAGAK, YANG BERLAGAK HANYA AZAZIL JE.

wa maa asálukum alaihi min ajr, in ajriya illa ála rabbil álamin.

Bukan emas yang kupinta, bukan juga menjual produk, bukan juga marketing kursus, tidak juga marketing pusat perubatan, bukan kerana upah, bukan kerana apa-apa....

lillahi taala




Siapakah dia Waliullah?

Waliullah ertinya orang yang benar-benar hampir kepada Allah SWT. Orang ini ialah insan yang istimewa di sisi Allah SWT, sentiasa memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua perkara serta menjauhi semua larangan Allah SWT. Waliullah memang wujud dari dahulu sehingga sekarang.

Di dalam Al-Quran surah Yunus, Allah SWT berfirman,

ألا ان أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون (62) الذين ءامنوا وكانوا يتقون (63)

Maksudnya : Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (62) (Iaitu) orang-orang yang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (63)

Adakah wali akan mengaku dia adalah wali ?

Persoalan, bolehkah seseorang manusia mendakwa bahawa dia adalah wali Allah ? Prof Haron Din dalam satu rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah keluaran 1-15 Januari 2007 menulis, Tidak pernah saya berjumpa dalam sebarang sumber sejarah Islam tentang seseorang wali Allah mengaku yang dia adalah wali Allah.

Kerana ini bertentangan dengan sifat para wali yang bersifat tawaduk sepanjang waktu, tidak bercakap banyak apatah lagi yang tidak perlu dan menyisih diri daripada masyarakat kerana bimbang takut dikenali sebagai wali. Oleh itu seseorang yang mengaku dan mendabik dada bahawa dia adalah wali, ia mewujudkan perasaan riak dan takabbur. Kalau orang biasa dilarang bersifat seperti ini apatah lagi mereka yang sudah sampai ke makam wali.

Tegasnya umat Islam jangan sekali-kali mudah tertipu dengan dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa dirinya adalah wali.

Mengatakan si pulan ialah Wali Allah

Bagaimana pula dengan dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa si pulan itu ialah waliullah dan dikurniakan pelbagai karamah. Seperti seseorang itu berkata,

“Kau jangan main-main, dia tu wali Allah. Dia ada karamah !”

Bagi menjawab persoalan ini, memetik tulisan Dr Basri Ibrahim, pensyarah pengajian Islam Universiti Darul Iman Trengganu, dalam bukunya Himpunan isu-isu Feqah terpilih, beliau mempersoalkan dari manakah kita mengenal seseorang itu sebagai wali Allah.

Siapa yang mengesahkan kewalian dan kekaramahan yang berlaku ke atas dirinya ? Sedangkan yang betul-betul mengenal seseorang itu wali dalam ertikata yang sebenar ialah Allah SWT sahaja. Kalau betullah orang yang di dakwa itu wali Allah, maka jalan yang paling selamat ialah berserahlah kepada Allah SWT, biarlah Allah SWT sahaja yang layak menentukannya.

Al-Imam As-Syafie pernah menegaskan, bahawa jangan mengukur seseorang itu melalui perkara ghaib yang berlaku ke atas dirinya. Kata beliau,

اذا رأيتم الرجل يطير فى الهواء ويمشى على الماء فلا تجعلوا بالحكم
بصلاحه قبل أن تقيسوا أمره بكتاب الله عزوجل

Maksudnya : Jika anda melihat seorang lelaki mampu terbang di udara dan dapat berjalan di atas air, janganlah anda cepat-cepat menghukum yang ianya seorang soleh sebelum anda benar-benar membandingkan urusannya dengan Kitab Allah.

Macam mana pula dengan dakwaan yang mengatakan si pulan dilihat berada di Mekah sedangkan jasadnya berada di tanahair

Dan bagaimana pula dengan dakwaan-dakwaan atau kisah yang diperolehi daripada orang ramai yang mengatakan sipulan itu dilihat mengerjakan solat di depan Kaabah atau mengerjakan Haji di Mekah sedangkan jasadnya ada di tanah air ? Adakah kisah-kisah seperti ini boleh dipercayai ?

Bagi menjawab persoalan ini hendaklah kita melihat perjalanan hidup (sirah) Rasulullah saw. Sejarah membuktikan setelah Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda amat rindu untuk kembali ke Mekah. Kerinduan baginda itu sehingga membawa kepada termimpi-mimpi yang mana baginda dan orang-orang Islam dapat masuk ke Mekah, bercukur dan bergunting dalam keadaan aman.

Namun itu hanyalah sekadar mimpi. Sejarah mencatatkan Rasulullah saw hanya berjaya memasuki kota Mekah dan bersolat di depan Kaabah setelah baginda dan para sahabat berjaya membuka kota Mekah. Kalau benarlah seseorang itu boleh mengerjakan solat di depan Kaabah, dalam masa yang sama jasadnya ada di tanah air, maka orang yang selayaknya mendapat keistimewaan ini ialah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Tetapi dalam tempoh kerinduan itu tidak pernah tercatat dalam sejarah, penduduk Mekah melihat Nabi saw bersolat di depan Kaabah.

Sejarah juga mencatatkan, dalam tempoh sepuluh tahun Rasulullah saw tinggal di Madinah sehingga wafat di situ tidak pernah seorang sahabat melihat Rasulullah saw bersolat di depan Kaabah sedangkan jasadnya ada di Madinah. Sekiranya ada tentu hal ini akan dirakamkan di dalam hadis-hadis baginda.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada para sahabat selepas kewafatan Rasulullah saw. Siapa yang tidak kenal sahabat-sahabat Rasulullah saw seperti Abu Bakar yang mana kalau ditimbang semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, tidak sama beratnya kalau dibandingkan dengan iman Abu Bakar. Tidak pernah tercatat dalam sejarah, tokoh yang sehebat ini ada mendirikan solat di depan Kaabah sedangkan jasadnya ada di Madinah.

Begitu juga dengan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mana tokoh ini pernah disebut oleh Rasulullah saw, kalaulah ada Nabi selepasku, maka Umar layak menjadi Nabi. Tidak pernah tercatat dalam sejarah Islam sepanjang beliau menguruskan Negara Islam yang berpusat di Madinah ada orang melihat kelibatnya sedang sembahyang di depan Kaabah. Demikianlah hal yang sama tidak pernah berlaku ke atas tokoh-tokoh Islam yang lain seperti Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali kwj, Bilal bin Rabah, Abdur Rahman bin Auf dan ramai lagi.

Perjalanan hidup tokoh-tokoh ulama tasawwuf besar Islam seperti Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Rabiatul Adawiah, Abdullah bin Mubarak dan ramai lagi pun terpaksa menempuh perjalanan yang memakan masa berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk menunaikan fardhu Haji. Mereka hanya bersolat di depan Kaabah setelah mereka tinggal di sana.

Kita bimbang dakwaan-dakwaan seperti ini datang daripada musuh-musuh Islam. Bagi orang-orang yang jahil yang malas mendirikan solat akan menjadikan kisah ini sebagai satu helah untuk mereka meninggalkan solat. Mereka akan mengemukakan alasan yang mereka juga mendirikan solat di Kaabah atau di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi untuk mengelakkan diri daripada hukuman atau untuk menipu orang ramai yang kebetulan pula cetek ilmu pengetahuan.

Justeru itulah Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan,

“ Kita suka memberi peringatan kepada masyarakat tentang tipu daya yang dilakukan oleh orang-orang yang mendakwa dapat bersolat di depan Kaabah sedangkan dirinya berada bersama orang lain di di kampong atau di negaranya. Mereka ini adalah sumber fitnah kepada orang ramai dengan cara menarik mereka kearah mencanggahi perintah Allah dan membuka laluan mudah untuk meninggalkan suruhan Allah SWT. Orang ini adalah sebesar-besar bala kepada Islam. Cukuplah kepada kita ajaran penghulu kita Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya sebagai panduan dan penolong. Mereka adalah orang yang diberi pertunjuk oleh Allah. Pertunjuk ini adalah segala-galanya bagi kita”.

24.2.11

Soalan Soalan Lazim


Lotih DEN menjawab..so ada baiknya DEN kumpulkan FAQ dalam blog ni. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa.

1. Bolehkah Jin di kurung didalam bekas seperti Botol ?

Boleh...Bangsa lain, aliran lain pun mampu, takan Islam tak boleh.
Mana2 Ustaz yang kata tak boleh dan ada dalil..please check your dalil.
Ini kerana benda ni proven, boleh di check guna peralatan moden.an

Dalil Al-Quran dan Hadis tidak pernah salah...Penafsirnya mungkin salah.

2. Bolehkah Jin diikat ?

Boleh

3. Bolehkah Jin mengaji Al-Quran ?

Boleh. Tak kira apa agama Jin yang merasuk pun ..mereka tetap boleh mengaji.
Umur mereka panjang dan mereka yang memang kerja dia nak merosakan anak adam
akan menghafal Ayat Al-Quran seperti mana para Orientalis. Maka jangan mudah
terpedaya. Sepanjang DEN merawat..tidak pernah DEN jumpa JIN Islam yg mengaji
ketika merasuk...semuanya Jin Kafir.

Beberapa pesakit yg didiagnose di rasuk Jin Islam sebelum ini bila sampai kat DEN
aje..DEN terus sesah aje. Terus surender..Orang Islam sejahat mana pun takan nak
mempermainkan Al-Quran ..begitu juga Jin Islam. So sendiri mau ingat.


4. Bolehkah Jin di bunuh ?

Boleh.


5. Bolehkah berkahwin dengan Jin ?

Boleh. ( Den tak mau ulas bab hukum )


6. Bolehkah Jin Membunting Manusia ?

Boleh.


7. Bolehkah Jin masuk dlaam mimpi dan bersetubuh dengan manusia ?

Boleh. Ada yang kata sedap dan ada juga kata sakit. So sendiri rasale,
Nasib Jin tak pakai minyak Jaro.

8. Siapakah bunian ?

Bangsa Jin yang suka mengambil rupabentuk manusia. Selalu juga mencampuri kehidupan
manusia. Terdiri dari pelbagai agama dan ateis.

9. Siapakah Rijal Ghaib ?

Banyak pendapat yang berbeza. Pada pendapat DEN,
Rijal Ghaib ada dari manusia dan juga jin.

10. Antara JIN Saka, Pendamping, Jin Sihir mana yang sukar membuangnya.

Scenario 1 : Ahmad ada Saka Toyol, Pendamping Jin mata satu, Jin Sihir.
Dalam keadaan biasa....Toyol adalah yang terlemah sekali...Namun apabila
ia sudah bertaraf SAKA..lebih sukar membuangnya dari yang lain. ( DEN lainle..
2 second je kalau saka toyol ). Memagar SAKA...Oh no...its your family member so
dia ada access card.

Sihir walaupun agak mudah membuangnya tapi leceh sebab akan sentiasa ada repeat
dari penyihir. Baik sekejap kena balik. kekadang siap ada spy semasa pesakit
dirawat seperti cicak..cengkerik..belalang dll. So untuk perawat sebaiknya angkat
tangan dan ucapkan HELLO IS IT ME YOU LOOKING FOR ? I CAN SEE IN YOUR EYES.

Pendamping ni DEN citor bab lain

HINDRAF - JANGAN MAIN API


Susah le ini macam kalu DONT PLAY PLAY. Kalau mau adakan juga demo please
get the police permit. Jangan mau salahkan atau fitnah PERKASA dan mana2
pertubuhan melayu mau kacau korang punya piket ke hapa..

So DEN nasihatkan just follow the rules, everybody happy. Jangan kasi gaduh2..
nanti boleh membahayakan negara..Bila korang kasi bahaya negara takan DEN nak tengok aje. At least ada gak warm up sebelum the Armagedon.

Lawatan Syeikh Jamhuri al-Banjari


Pada hari Isnin 21.2.2011 Seorang ulama Nusantara telah
berkunjung ke Darul Saka. Seorang aulia yg menetap di MEKAH hampir 50 tahun.
Kehadiran melebihi jangkaan. Namun makanan yg disediakan mencukupi mungkin atas karomah beliau. ada sumbangan kambing golek dari seorang pemenang anugerah pengarah seni terbaik. BERIANI yg paling sedap den raso sampai Syeikh makan bertambah. BERIANI DEN tempah dari restoran berhampiran yg towkeynya seorang Karkun yg bermurah hati melebihkan apa yg di tempah.
Majlis bermula dari solat asar sehingga 12 mlm.

Banyak mutiara dapat di kutip. Antara yg menonjol ialah

Berselawat 1x sehari di beri 10 rahmat
Berselawat 100x sehari diberi pengampunan.
Berselawat 1000x sehari dilepaskan dari siksa Neraka.

Berselawat dari hari Sabtu hingga khamis, malaikat akan menyampaikannya pada Rasulullaw s.a.w
Berselawat di Malam Jumaat sehingga akhir Jumaat...Nabi Muhammad s.a.w mendengarnya direct tanpa perantaraan.

Rasulullah s.a.w bukannya manusia biasa. Sesiapa yang mengatakan begitu maka
sama seperti kaum Kuffar seperti didalam surah Yasin.
Sebelum baginda berusia 40 tahun..baginda adalah seorang nabi...bila umur 40 tahun
barulah nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasul. Seorang nabi tidak diwajibkan
menyampaikan ajaran manakala seorang Rasul wajib menyampaikan sebagaimana salah
satu sifat beliau..Tabligh.

Alhamdulillah majlis Tahnik juga sempat diadakan...termasuk 3 kanak2 dewasa berusia
20 an...he..he...

Syeikh Jamhuri meluangkan masa mengijazahkan kaedah memakai serban dengan memakai
kan serban kepada lebih 80 peserta lelaki seorang demi seorang.
Lepas pakai rasa tak sabar nak Armageddon je.

Beliau juga mengijazahkan Zikir Kalimah Ikhlas serta sanad Al-Quran. Beliau
pemegang sanad yg ke 31...maka yang mengambil sanad pada malam itu adalah
yang ke 32.

Sempat juga mengajarkan kalimah murah rezeki, selawat Tafrijiah, Yasin, Burdah dll.

Amalan membaca Burdah dikatakan syirik oleh golongan WAHABI..biasalah Wahabi kan.

20.2.11

Bahana Facebook


Banyak kes dah dirujuk kepada Den. Siot aje bila mendengar cerita dari mangsa keadaan. maksudnya suami terkena getah isteri yang menjadi mangsa. Mula2 dulu banyak kes lelaki samada boyfriend, tunang dan suami yg liar sesudah berfacebook. Namun trend sudah berubah....Sekarang isteri, tunang maupun girlfriend
pula menjadi sambaran si burung punai.
Kalau ikut den, lantakle cari yang lain. Namun bila melibatkan unsur mistik maka wajar den step in.Ada yg nama melayu tapi sebenarnya tukang rekrut jadi kristian.

14.2.11

Selamat Harijadi Untuk DEN


Untuk semua pembaca cerita cerita temberang DEN...Hari ini adalah
hari kelahiran DEN di Sungai Manik Perak. (Made in Pengkalan Chepa,
Kota Bharu)

Insyaallah DEN akan putuskan suatu hadiah yang akan DEN umumkan sedikit
masa lagi.

Alhamdulillah DEN sudah bertambah muda belia...he..he..he..

44 komen:

AJobegs said...

Selamat Hari Jadi Ya Syeikh Tok Belagak, Mudah2n dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan kekal mendapat redho Allah swt di dunia dan akhirat.. Amin..:-)

jejaka said...

selamat hari lahir..Tok..moga di sihatkan tubuh badan,murah rezeki dan sentiasa di dalam redha illahi.. amiin

Hamba hina said...

Selamat HAri Lahir sifu..
Semoga sifu dan family sentiasa dalam kasih dan sayangNya..Amin =)

....East.Me.Tzar.... said...

happy besday tuan guru...
semoga teros diberkati dan dipermudahkan setiap urusan agama, dunia dan akhirat..

Idris said...

Moga Terus Dalam Barakah Allah

evilcooler said...

Assalamualaikum Tok,

Selamat Hari Jadi. Semoga Allah merahmati Tok dan satu keluarga,InsyaAllah. Bertambah umur, bertambah la bininye ye..ehehe.

Nasir said...

Askum tok. Happy Besday to you.
Bila nak buat kursus?
Sy x penah masuk kursus tok.
Klw nk buat kursus, bagi tahu ye tok...

Nasir said...

Askum tok. Happry besday to you. Semoga panjang umur.
Bila nak buat kursus?
Klw nk buat bagi tahu ye...

fakir al banjari said...

Selamat Ulangtahun Kelahiran Tok, Sama doa di atas. Moga dapat terus beri bimbingan

HelEnA_iEz0 said...

happy birthday tok belagak...

ardisia said...

Hepi Bsday Tok, moga drahmati sokmo=d dunia n akhirat

pbbn25 said...

selamat ulang tahun Tok Belagak , semoga dirahmati Allah sokmo.

adiputra khuzairie said...

Selamat ari lahir tuan syeikh tok belagak ....smoga bertambah muda belia....krna dirimu begitu berharga...hehe

stongkol said...

Salam & Selamat menyambut besday tok.

semoga Allah merahmati perjuangan tok kerana sesungguhnya saya telah mendapat faedah hasil dari ilmu yang tok telah perturunkan melalui blog ini.

ikhlas drpd saya dari sg. petani.

terangwulan said...

hepi besday Tok.

(MOHD AZIM) said...

Doa saya senantiasa untuk kebahagian Tok dan family
Selamat Ulang Tahun kelahiran.

yazid said...

larrr...xtau plak sy hari lahir tok arini.
xsempat nak bg hadiah..bg limau ja td, itu pon tok pulangkn balik lepas slesai.. apa2 pon,

slamat hari lahir...moga Allah permudahkn urusan tok dunia akhirat....amin. =)

wealo said...

selamat hari jadi yang ke... semuga umur yang lalu diberi keampunan dan umur yang akan datang diberkati.. aminnn..

ustaz muda said...

Selamat Menyambut Ulang Tahun Tok. dulu saya sakit,kini alhamdulillah Allah berikan rezki kesihatan. Tok yg mengubat saya.. "kita tolong tolong orang hari ni,kelak nanti kita akan diTOLONG oleh orang lain.
terima kasih buat Tok, Pro Darul Saka menubuhkan pusat Alternatif bagi kemudahan bersama.
yang penting Tok, kita mesti BASTERAS dan ZAS Fahaman- fahaman selain daripada Ahlul Sunnah Waljamaah..
Semoga Allah Lanjutkan Usia Tok.....
AMIN

hafiz said...

Alhamdulillah TB dah semakin muda dan masih sihat hendaknya...Semoga TB dapat mencurahkan ilmu TB kepada umat islam yang masih ramai yang kosong/sedikit jiwanya..

Tuah said...

semoga dirahmati ALLAH selalu

OmbakHijau said...

Selamat Hari Lahir Tok, moga diberkatiNya usia yang ada dan dimurahkan rezekiNya sentiasa..Amin!

fajridil adha said...

Selamat Hari Lahir..[my blog]

pixelscreative said...

assalamualaikum....kebetulan tarikh yg sama dengan bapa saya.....

pixelscreative said...

tak sabar menanti hadiah tersebut. tok bulan berapa nak anjurkan kersus lagi....

Meezan said...

Slmt menyambut hr lahir~!

AbiDamia said...

Salam Tok bukan nak menyebok....saya sambut tarikh lahir dalam kalender hijriah.....bukan apa-apa sekurang2 kalau nak berpulang nanti dah tahu hari apa kita nak standby....

Rome123 said...

Selamat Ulang Tahun Tok!!!! Semoga panjang umur murah rezeki Amin Ya Robbal A'lamin.

adi said...

hepi birthday tok belagak. Semoga sentiasa di dalam rahmat dan keberkatan Ilahi.

Nubuwuah said...

Salam Tok...

selamat hari jadi...semoga bertambah sehat walafiat..amin

AlifMimYaNun FaAlifDalZaiLamAlifNun said...

Salam Khamis.

Yaaaa Asy-Syaikh Tok Kiyai Al-Belagaki. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun KeLahiran Tok. Semuga Panjang Usia, Murah Rejeki, Sihat Bugar Lagi Bahagia DiSamping Keluarga Dan Mudah-Mudahan Kekal Dalam Redho ALLAH SWT Di Alam Dunia, Alam Barzakh Dan Alam Akhirat, Insya'ALLAH (AAMIIINN).

Salam Mukhlis.

Sabdin said...

Allah selamatkan kamuuu
Allah selamatkan kamuuu....
Allah selamatkan Tok Belagak
Allah selamatkan Tok Belagak.....

Lucky7 said...

terbang tinggi sang harimau berani
nampak ler belangnya berbirat birat..
epi bday pada hari ini
semoga selamat dunia akhirat :)

umar said...

sembunyi dlm tanah balik nampak nya belagak??

DARUL SAKA said...

Hai Umar..bukankah Ko yg penakut nak jumpa DEN ..bahkan ko nak jumpa Si Lebai Tanah Jawi pun takut..sebab ko hanya berani di balik internet aje..ha..ha..ha..Sembunyi le...

iBuJaRi said...

'eid saa'iidun miilaadun ke 31 utk TB...hehe

umar said...

So mamat baju kuning tu sah lah bukan aku...kah kah kah....kau scan silap org lagi belagak...ha ha ha...kantoi2.

SaN said...

Happy Birthday!!!

msasag said...

Salam,Allah Selamatkan kamu...Allah selamatkan keatas Tok Belagak(nyambil nyanyi)~Sy Mohd Shahir Bin Ahmad mengucapkan Tok Belagak Selamat Hari Lahir ke 31,Semoga Tok Belagak Kaya Raya(dengan ilmu+amal+Amanah+fatanah+tabligh+kesihatan+harta)

a.k.a sangbayu said...

allah selamatkan tok belagak hehehe tok hadiah tuh biar spesel ekkk

Ghazza said...

Sanah Helwah Abg Belagak.

Kullu 'Aa-min Wa Antum Bi Khair.

DARUL SAKA said...

Umar ..ko pi le elajar lagi bab Alif Rahsia tu baru cerita bab Abismillah...Udah le bodoh..tak mau mengaku pulak..

DARUL SAKA said...

Baju kuning tu ko le...yang kalah tergolek dog dengan DEN..Ko tu kan takut nak jumpa mana2 orang selepas kalah...Murid semua lari...sebab tu ko suka kata murid2 DEn bodek...sebab jeles murid dah lari...den tgk ko ni berani dalam internet je...sampai sekutu rapat ko si lebai pun ko takut nak jumpa...Siap menyamar jadi Muhammad Aqashah lepas tu tukar jadi Nippon xtra la..lepas tu entahle...

Patutlah ko kalah mudah dengan DEN..A bismillah pun tak tahu, ....Ada hati nak mengaku Guru seMalaysia...Ada berani jumpa DEN lagi ?...Pasti sampai akhir hayat ko takan berani....DEN berani jamin punyalah...

ibn nurdin said...

Selamat Hari Lahir Tok.. Mungkin lewat skit diucap.. Semoga Allah tambahkan umur yang bermanfaat pd Tok dan bertambah lagi kecintaan kpd akhirat..