6.11.10

Kes Siti Balqis Jerteh - Satu pembuktian scan Belagak kantoi

Ni satu lagi pembuktian scan cap ayam belagak selepas kantoi dgn:

1. Sabri TPM
2. Tok Sombong
3. Karma aka Sarip Dol
4. Lebai
5. Umar - segala yg dibicarakan pasal aku dlm mailing list semuanya bohong belaka.
6. Shahril Xperts

Dan scan ni mmg terbukti faktanya sebab ada dlm blog belagak sendiri...sah-sah dia tak tahu yg si Balqis ni buat2 cerita.....

So aku maleh nak ulas panjang2, bukti dah ada depan mata, barangsiapa nak percaya boleh percaya, barangsiapa tak nak percaya pun boleh tak nak percaya.....yg dungu le tu.

Lain kali kalau belagak tulis dlm blog dia perkataan 'scan', tulung tukarkan kepada 'agak',

Aku lagi yakin dgn Ust Majid Akrine, dia langsung tak komen pasal budak Balqis ni, dia cuma copy paste je kenyataan akhbar....




Dipetik drp blog www.darulsaka.blogspot.com

Kes Jerteh Terengganu 11/10/10

Kes begini kasi pada Mail Kacip aje...dia kan boleh melawan al-Quran yakni boleh bunuh Iblis dan syaitan...Sedangkan jelas dalam Al-Quran dah diberi jaminan oleh Allah akan dipanjangkan usia mereka sehingga sangkakala pertama...Mail Kacip kata buang saka dan syaitan cukup kencing hari 2 dengan niat nak buang...so try le dia setel kes kat Jerteh tu...nanti habis semua tulisan khat kat kg tu dia bakar macam sebelum ni dia nak buang hantu raya sekor...Limau Mandarin dan Serbuk Kari Baba hendaklah dibuang tu semua haram.

Den rasa ramai ustaz2 yg dah keluar TV tu...boleh setel kes kat Jerteh tu..kalau Jin 2000 tahun blh setel takan kes Jerteh tak leh setel...
DEN cabar Wahid Salim Bali le sendiri try setel atau combine dgn semua murid dia kasi setel....jangan dalil je lebih tapi tak proven...ini
Satu malaysia dah tahu..sepatutnya pusat rawatan Islam le kedepan setel..ini bomoh2 kampung..je...so takan berdiam diri je smeua Darul2
Cakap ruqyah terbaik...proovekan ! Jangan cakap lebih...Lupakan bab dengar CD Ruqyah dalam kes ini...memang tak setel punya...jangan guna lidi untuk scan...kang kena pijak.

Kalau dah semua tak mampu dan mengaku kalah baru Darul Saka setelkan , insyaallah....kalau DS tak dapek setel..Darul Saka akan di TUTUP...


Case study...kenapa ruqyah tidak berkesan dalam kes ini...

1. Tiada Jin terlibat dalam tubuh badan..yakni tidak merasuk...
2. Untuk pagar pakai apa pun membazir...pakai le Garam kasar 18 lori dan lada hitam 18 tan..tabur le sampai takda ruang hantu nak
masuk..masalahnya ada ke hantu ?
3. Nak kasi dengar CD Ruqyah ..baik dengar lagu Inteam

Inilah yg DEN cuba tekankan ...kalau kita dakwa ruqyah mampu kenapa dalam kes begini ianya gagal..lebih baik tok moh yg buat solat hajat
dan tangkap 9 ekor tu lagi...So takan ilmu Islam terhenti disitu sahaja...So stop berdalil dalil..proof it...camna nak setel kes yg Jin tiada dalam badan...dan pengacau pula dari dimensi lain..ingat DEN dah kasi clue...dari Dimensi lain...

Dalam Malaysia ramai yg muleh setel kes cenggini..tapi depa ni low profile je...member Den dari Singapore pun muleh...tapi semua dah kena
cop syirik..tu yg payah...Biar Den aje yg bising2 sebab tuduh kaedah orang syirik tapi diri sendiri tak berjaya mengenengahkan kehebatan sebenar Islam...


Dari sudut hati DEN yg mampu menyelesaikan Kes Jerteh ialah

1. Mail Kacip sebab dia seorang je mampu bunuh Iblis
2. Mereka yg menggunakan jalan Wafaq tahap tertinggi
3. Mereka yang menggunakan jalan Dewa
4. Mereka yang menggunakan Solat Hajat

Dengan rendah hati dari Sifu Segala Sifu


KES BALQIS Di Jerteh 1/11/10

Apa cerita ni sampai berbulan tak setel.

Habis dah garam..sampai pokok pun di gantung garam..Sharhan merapu lagi ke...Udah le...
SHARHAN YOU FAIL..kasi le orang lain..Gambar Tapak Sulaiman yang Sharhan jual rm 15 satu dah tampal ke ? Kenapa takut kehebatan Ahli Sunnah terserlah..

Minta keluarga dia bawa Balqis tu ke Darulsaka...Mak dia mesti datang...Biar Toh PUAN Belagak je handle..Apara kes budak budak pun kecoh seMalaysia..Mana si Mail Kacip..kata dalam facebook mudah aje...abuk pun tarak...Tak yah bawak Garam lima lori atau Lada hitam..tak yah bawak CD Ruqyah...bawa aje niat nak berubat dah le..

MEH bawak ke Darulsaka..Insyaallah DEN setelkan.

Den tak pernah merawat di luar dari tempat DEN kecuali Den ke Brunei..lagipun banyak kes lagi tenat seperti sihir dan santau yang den tangani..so setakat kes akibat salah sendiri...itu kes terpinggir sahaja..kata orang bukan melibatkan nyawa.. Ini aib keluarga...kalau hari Sabtu atau Ahad Den dapat tolong setelkan 100 kes baik tolong yg 100....lagipun takda apa pun masalahnya..tanya orang lama Jerteh...nanti fahamlah maksud DEN...Bunian memang dah lama ada kat kawasan tu...kenapa tak semua dia kacau...pasti ada sesuatu hubungan yg menyebabkan mereka tunjuk samseng...mereka tak boleh tunjuk samseng sembarangan kalau bukan manusia yg beri jalan..sebab itu kes camni satu gunung Uhud Garam kasar pun tak boleh setel..U are dealing with 20 tahun lebih punya cerita dalaman....perjanjian tidak tersurat...rasanya perawat yg mahir sudah faham..bila Den cerita baba 20 tahun dulu..dah ada pun sample cerita blog DEN..mudah je tok tu selesaikan..

Kalau setakat nak halau bunian dari tempat tu...baca aje Qasidah...




Berita Harian 29/10/10


RAHSIA BALQIS TERBONGKAR JUA - TIDAK PERNAH DILARIKAN JIN BERBULU

Misteri konon disorokkan di Gunung Jerai terbongkar



Gambar: KETUA Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria menyerahkan Siti Balqis Mohd Noor yang didakwa dilarikan jin ke Gunung Jerai, Kedah, Ahad lalu kepada ibunya, Norizan Said (kanan) di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kuala Terengganu, semalam. Siti Balqis ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam. Foto Mohamad Ishak

KUALA TERENGGANU: Misteri kehilangan Siti Balqis Mohd Nor yang didakwa keluarganya disorok ‘Jin Islam' di Gunung Jerai, Kedah, sejak Ahad lalu, terungkai selepas gadis itu ditemui polis di rumah keluarga seorang kenalannya di Kampung Batu 18, Ulu Klawang, Kuala Klawang, Negeri Sembilan, pagi semalam.

Siti Balqis sebenarnya keluar seorang diri dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Jertih dan menaiki bas ekspres ke Shah Alam pada jam 9 malam, sebelum ke Seremban dan meneruskan perjalanan menaiki teksi ke Kuala Klawang.

Ketika di situ, Siti Balqis, 22, tinggal di rumah seorang sahabat pena perempuan yang dikenalinya menerusi laman berkenalan sebuah majalah remaja pada 2005, tetapi tidak pernah bertemu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata Siti Balqis juga sudah membeli tiket untuk pulang ke kampungnya esok.

“Dengan penemuan ini, polis menganggap kes ini selesai dan polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang media sebelum menyerahkan Siti Balqis kepada ibunya, Norizan Said, 47, di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di Kampung Raja di sini, semalam. Hadir sama sahabat penanya, Norwaniza Ramli, 19.

Kamaruddin berkata, polis mendapat maklumat mengenai gadis itu apabila bapa sahabat pena Siti Balqis menghubungi polis daerah Jelebu selepas terbaca berita kehilangan misteri gadis itu dalam akhbar ini.

Polis juga mendapat petunjuk gadis itu berada di Negeri Sembilan selepas semakan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ibunya pada jam 5 pagi Isnin lalu mendapati pencawang terakhir ialah di Kuala Klawang.

Pada Isnin lalu, Norizan memberitahu menerima SMS daripada anaknya pada jam 5 pagi yang mendakwa berada di Gunung Jerai selepas dibawa jin berbulu lebat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata laporan Norizan di Balai Polis Jertih pada jam 1.30 pagi Isnin lalu, antara lain menyebut melihat anaknya menaiki kereta Perodua Kembara milik keluarga pada jam 8 malam.

"Berikutan laporan itu, kita menjalankan siasatan kes orang hilang dan meliputi semua aspek termasuk sama ada gadis berkenaan melarikan diri atau dilarikan," katanya sambil menambah kereta itu ditemui di Stesen Bas Jertih pada jam 1 tengah hari Isnin.

Norizan ketika ditemui terkejut dengan penemuan itu kerana sebelum ini anaknya menghantar SMS dan memberitahu berada di Gunung Jerai dan dibawa jin berbulu serta yakin anaknya berada di gunung berkenaan berdasarkan gerak hatinya.


Norwaniza pula berkata, dia selalu berutus surat dan menghubungi Siti Balqis tetapi hanya bertemu selepas kenalannya itu datang sendiri ke rumahnya Isnin lalu.

"Saya tidak menduga pertemuan ini rupanya dengan seorang gadis yang sering dilaporkan ghaib kerana sebelum ini Siti Balqis tidak pernah menceritakan kisahnya,” katanya.

Di KUALA KLAWANG, ibu Nurwaniza berkata gadis itu mengajaknya dan anaknya ke Seremban, Selasa lalu dan menggunakan wang sendiri membeli pelbagai makanan dan pakaian bernilai RM279, termasuk tiket bas untuk pulang ke Terengganu.

Ramlah Meon, 60, berkata beliau pelik melihat Siti Balqis kerap SMS dan apabila ditanya dimaklumkan ia di hantar kepada kawannya.

“Siti Balqis beritahu dia tinggal bersama ibu saudaranya selepas ibunya meninggal dunia dalam kemalangan November tahun lalu. Dia turut beritahu rumahnya besar dan ada tujuh bilik lengkap dengan pembantu rumah dan kolam renang," katanya.

Ramlah berkata, pembohongan Siti Balqis terbongkar apabila anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu datang ke rumahnya, kelmarin, berikutan SMS diterima ibu Siti Balqis menggunakan nombor telefon yang didaftarkan atas nama Nurwaniza.

Beliau berkata, ketika menyelongkar beg pakaian Siti Balqis, mereka menemui lebih 20 kad sim yang masih aktif, sejumlah wang, beberapa kad ATM dan sebuah kotak kecil berisi 10 batu delima dalam kain kuning
. -BH