13.12.10

Sekali Jabat bersuara

Ini copy paste drp blog tokbelagak-tokbelagak.blogspot.com punya komen dlm post 'sanad oh sanad'.

Komen ini adalah drp saudara jabat.



Tuan/puan,

Assalamualaikum warah matullah wabaraktuh.

Saya menulis ini kepada tuan/puan sekalian setakat mereka yang dapat saya cari e-melnya di dalam blog Darul Saka atas rasa tanggungjawab kepada Allah SWT. Saya tidak dengki kepada Tok Belagak dan bahkan berbangga dengan daya usahanya membanteras kezaliman sihir. Saya telah usulkan perkara ini di dalam comment Darul Saka tetapi ianya tidak muncul. Sudah dua posting saya tidak muncul. Saya tidak pasti sama ada ia sebab teknikal atau tidak. Tetapi itu tidak lah penting sangat. Yang pentingnya saya ingin mengajak tuan/puan yang saya hormati renung dalam-dalam tanpa rasa terikat dengan peribadi sesiapa pun. Ikatlah dengan Hakikat Kebenaran Yang Sebenar-benarnya.

Cuba tanya Tok Belagak : Adakah dia mengamalkan Solat Malaikat ? Atau adakah dia bersetuju dengan amalan Solat Malaikat yang diajar oleh gurunya di Kg. Dulang,Jelebu yang bernama Mat Jali b. Mat Samin. Solat malaikat ialah solat satu rakaat sahaja sehari semalam dan tak perlu solat-solat yang lain.
Tanya Tok Belagak : Adakah dia beri'tqad bahawa nabi Khidir itu sebenarnya ialah Iblis la'natullah yang telah dihukum kafir oleh Allah SWT. Atau adakah dia bersetuju dengan apa yang diajar oleh gurunya itu di Kg. Dulang itu.
Tanya Tok Belagak : Adakah dia bersetuju dengan ajaran gurunya menambahkan huruf mim pada qul hu wallahu AH(mim)AD menjadikan ayat Alquran diubah menjadi 'katakanlah bhw Dia Allah ialah Muhammad."

Kalau dia tanya dari mana datang soalan ini. Katakanlah bhw ia datang dari orang yang mengasihinya dari jauh dan mendoakan keselamatannya dengan lilihan air mata.

Jabat Qalbu

No comments:

Post a Comment