16.12.10

Illuminati

Sejak akhir-akhir ini kita banyak didedahkan dengan satu pergerakan bawah tanah didalangi Iblis dan Dajjal la'natullahi 'alaihuma iaitu Illuminati yg mana mereka ini secara tidak kita sedari sedang mempengaruhi minda kita untuk menerima mereka dengan cara yang paling halus....pergerakan Freemason adalah di antara pergerakan yg bernaung di bawah Illuminati ini.

Pertama-tama sekali mereka memperkenalkan diri mereka berdasarkan simbol2 yang ditasakkan dalam kepala kita dan anak2 kita melalui berbagai2 medium....seperti rancangan kartun, bangunan2 spt Sunway Pyramid, Lady Gaga, kartun Disneyland (Walt Disney adalah ahli 33 Freemason) dan sebagainya.

Disebabkan adanya pengaruh makhluk halus (syaitan dan iblis) dalam pergerakan ini kita seakan terbius dengan segala simbol yg ada di mana satu masa nanti kita akan merasa senang dan terbiasa dengan pergerakan iblis ini.

Eh apa ke he nya si umar ni cerita pasal benda ni? Apa kaitan dgn tok belagak?

Korang tentu tak sedar kan pasal benda ni. Pemikiran kita dan anak2 kita dimasukkan simbol illuminati seperti iklan yg disiarkan setiap masa dan akan melekat di minda kita....apabila tiba masanya Dajjal laknatullah berkuasa di muka bumi ini, dia tidak akan dilihat sebagai musuh tetapi sebagai member dan menjadi pujaan ramai.

Tengok logo2 illuminati ini, setiap tanda dalam logo itu ada makna tersembunyi dan bukan dibuat secara semberono dan sesuka hati sahaja.

Sama macam kita kalau nak buka company atau perniagaan, simbol company kita tu akan kita reka sebaik mungkin dan kita bukan main reka tanpa ada makna di sebaliknya....so kalau ada org yg kata kebetulan tu....sah2lah membohong.

Aku tak tuduh Darulsaka ni illuminati, tapi korang fikir-fikirkanlah....ada mata pandang ada telinga dengar ada hati perhati.......takkan saja2 dia nak buat logo cenggitu.....dengan stail belagaknya pun kita dah perasan dah sapa dia....mana ada tok guru atau ustaz2 yg belagak, malu siot kalau org panggil aku belagak...belagak bukannya satu penghormatan tapi satu penghinaan. Apatah lagi meletakkan nick dan minta dipanggil sbg belagak....siapa kata dia tak belagak? Kalau mengaku sifu segala sifu tu bukan belagak ke? So nak panggil apa tu?

6 comments:

  1. yela..memang ada kaitan simbol darulsaka dgn illuminati..masyaAllah..

    ReplyDelete
  2. umar tahu engkau yang orang kuat darul saka sebelum ini sudah ada yg belah, kira berjasa engkau ini

    ReplyDelete
  3. tipu daya iblis ni amat licik, aku pun selalu kena tipu gak ngan iblis dan konco2nya....sapa yg kata mereka terlepas drp tipudaya iblis mmg sah2 dah tertipu dgn iblis.

    kenapa sampai sekarang kita tak terasa yg british ni musuh kita...dah lah masuk rumah (tanah air) org, habis dibawaknya segala timah, getah, sawit dsb ke negara mereka....kononnya kita tak pandai perintah, diberinya penasihat british pd semua raja melayu, dibuatnya jalan raya dan jalan keretapi kononnya utk kemudahan kita tp sebenarnya utk kemudahan dorang bawak hasil bumi kita....ada kita rasa mereka ni pencuri? tidak.... kenapa sebab kita dah anggap british ni cam abg angkat kita yg bantu kita....haa cam tulah dajjal nak kita rasa yg dia ni penyelamat kita, bukan musuh kita.....

    ReplyDelete
  4. bongkar lagi umar...den budak baru banyak yg xtau...engko mmg banyak berjaso kpd kami budak baru...

    ReplyDelete
  5. Ada ke ajaran sesat yg bagi tau dia sesat?
    Ada ke ajaran sesat yg start2 dah bagi tau kesesatan dia?
    Kalau ada lah ajaran sesat yg macam tu maka takkan wujud ajaran sesat di malaysia ni sebab siang2 org dah tau ia menyimpang drp ajaran sebenar islam.
    Suatu ajaran sesat pasti akan menunjukkan yg ajaran mereka adalah sebenar2 islam sebelum sedikit demi sedikit penyimpangan dilakukan.
    Nabi saw dah bg tau yg kita mesti berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah (hadith) nescaya kita tidak akan sesat seperti hadith di bawah:

    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya: iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w.”
    (Al-Imam Malik)

    ReplyDelete
  6. Kasyaf merupakan suatu perkara yang tidak boleh dinafikan didalam Islam, ini berdasarkan dalil daripada apa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w., para sahabat, salafussalih dan sebagainya. Ulama’ Ahlussunnah Wal Jamaah sepakat bahawa kasyaf memang ujud dan ia merupakan anugerah daripada Allah Taala kepada hambanya yang terpilih. Mengikut setengah pendapat bahaw kasyaf juga berlaku kepada orang kair. Kasyaf berlaku samada semasa jaga ataupun tidur. Semasa tidur dinamakan ru’yah assadiqah dan semasa jaga dianamakan ilham.

    Kita perlu tahu setakat mana kebenaran kasyaf itu, apakah setiap perkara yang dianggap kasyaf itu boleh diterima atau sebaliknya?

    Suatu garis panduan telah dinyatakan oleh para dinyatakan oleh ulama’ sejarah sejauh mana kebenaran kasyaf. Sesuatu perkara yang dianggap kasyaf perlu dilihat melalui Al-Quran dan Al-Sunnah. Kalau ianya bertentangan dengan Al-Quran atau Al-Sunnah maka kita wajib menolaknya dan kalau ia tidak bertentangan dengan kedua-dua sumber tersebut kita boleh menerimanya.

    Dalam sejarah Islam banyak terdapat kisah yang menunjukan kasyaf ini benar-benar berlaku. Kalau kita perhatikan dalam kitab Hayatus Sahabah oleh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi, banyak kisah para sahabat yang mendapat kasyaf. Begitu juga dalam kitab Jami’ Karamatul Aulia’ oleh Al-Nabhani. “Kasyaf merupakan anugerah Allah kepada hambaNya dan ia tidak boleh dilakukan melalui usaha tertentu atau ilmu kasab (secara usaha)”.

    Kasyaf terbahagi kepada beberapa jenis, tidak semua kasyaf datangnya daripada Allah. Kasyaf juga datang dari syaitan dan jin. Syaitan yang menjadi musuh manusia sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Dan antara jalannya ialah perkara ghaib yang dianggap kasyaf.

    Oleh itu ulama’ telah menetapkan syarat, untuk menerima kasyaf sebagai sumber ilmu dan hujjah. Antara syarat utamanya ialah: ianya tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah, ijma’ dan qias dan kasyaf juga tidak boleh diterima sebagai sumber hukum atau hujah. Sekiranya kasyaf berhubung dengan waktu sembahyang, tarikh puasa Ramadhan, tarikh hari raya dan sebagainya, kita wajib menolaknya kerana kasyaf seperti ini boleh menyesatkan manusia.

    Dinegara kita ilmu kasyaf amat terkenal dikalangan pengamal tarikat tasauf, dan ajaran sesat. Ada setengah ajaran sesat menggunakan kasayaf sebagai batu loncatan untuk mengikat pengikut-pengikutnya supaya patuh dan taat kepada pemimpin. Sebagai contohnya jika derhaka kepada guru, mengikut kasyafnya ia akan ditimpa bala’ atau tidak dijamin masuk syurga.

    Dalam hal ini, kita jangan mudah terpengaruh dengan ilmu kasyaf kerana perkara yang berkaitan dengan musibah bala’ yang menimpa seseorang. Dosa atau pahala, syurga atau neraka seseorang itu adalah ketetapan daripada Allah. Penggunaan ilmu kasyaf seperti ini banyak digunakan oleh pengikut Syiah, Bahai, ajaran sesat dan sebagainya dengan tujuan untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan.

    Secara umunya kasyaf adalh suatu perkara diluar usaha manusia dan ia merupakan anugerah daripada Allah kepada hambanya yang terpilih.

    Walaubaaimanapun kasyaf yang diperolehi perlu ditimbang dengan neraca Al-Quran dan Sunnah, Ijma’ ulama’ dan hukum alam yang lain. Kasyaf juga tidak boleh menjadi sumber hukum atau hujah untuk menentukan kesahihan sesuatu. Kita juga jangan mudah terpengaruh dengan orang yang mendakwa ia mendapat kasyaf. Kerana kasyaf juga datang dari syaitan untuk menyesatkan seseorang dari jalan yang sebenar.

    ReplyDelete