12.7.10

Hujan pun tau reda

Alhamdulillah, setelah memberikan point2 yg mantap maka saya dengan ini memaklumkan kesediaan saya utk mengundur diri daripada terus membelasah Belagak.

Berterusannya blog ini adalah satu bukti yg ilmu belagak dan segala kepandaiannya termasuk SCAN dan penipuan solat hajat SAQJ, yg mana dinyatakan telah sampai kepadanya alamat kematian....so saya masih lagi bernafas seperti sediakala.....dan masih menjadi teka-teki kepada Belagak...biarlah Umar ini menjadi tandatanya kpd Belagak hingga ke akhir hayatnya.

Ingin saya nyatakan di sini bukan niat saya untuk mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi disebabkan Belagak tidak pernah pun menerima teguran dan nasihat drp ramai org supaya tidak bersikap takbur dan supaya tidak menyesatkan org dengan ilmu2 khurafatnya spt naik langit, tengok azab kubur, yakazah dgn Nabi Muhammad saw di khemah baginda di langit, SCAN, Sheikh Abdl Qadir Jailani adalah Adi Putra yg mengajar Hang Tuah bersilat, IBLIS LAKNATULLAH ADALAH NABI KHIDIR, tahan tsunami dgn rijalulghaib, mengaku beliau ahlilbait, mengatakan silat sempedi sesat dan ada jin (tp rupanya takde sebab pak mertua dia yg ajar)...maka teguran secara keras perlu dilaksanakan demi Islam itu sendiri.....perlu dinyatakan di sini bahawa teguran secara hikmah dan lembut telah pun dibuat sebelum teguran keras hingga menyebabkan beliau MENAPIS komen dalam blog darusaka dilakukan...

Disebabkan Belagak dan murid2nya telah mengambil keputusan mendiamkan diri, demi survival Darulsaka yg dikasihi mereka.....maka tidak perlu lagi saya meneruskan agenda saya untuk menyekat pengaruh darulsaka kerana pembaca sudah boleh membuat keputusan sendiri atas tindakan2 bacul drp Tok Guru Kiyai Belagak.

Dengan ini saya dengan segala rasa rendah dirinya meminta maaf kepada semua pembaca termasuk Belagak sendiri kiranya ada perkataan2 yang mengguris hati dan perasaan anda semua. Saya juga manusia biasa yg tidak lari drp salah dan silap.....

Saya rasa Belagak dgn mudah dapat memaafkan saya atas darjat kewalian dan ketinggian tasawuf beliau......sekiranya beliau masih berdendam dengan saya, ia tak lain tak bukan menunjukkan siapa beliau sebenarnya....hanya seorang manusia yg dikawal oleh hawa nafsu dan tidak layak untuk bergelar sifu segala seafood.

Maka dengan ini saya dengan rasminya mengundurkan diri daripada menulis post di blog saya sahaja dengan syarat Belagak tidak lagi mengajar ajaran sesat dan tidak meninggikan hidungnya.

Blog ini masih boleh dicapai hingga ke hari kiamat sebagai rujukan kepada sesiapa yg ingin mengenali Belagak. Kemungkinan saya akan membina satu blog khas untuk mempopularkan Belagak, Rozaimy dan Rosbayu......tiga beradik/tiga serangkai yg menjalankan perniagaan dalam internet....dan sbg alternatif rezeki kepada mereka selain darulsaka.

Kepada murid2 hardcore darulsaka, teruskan perjuangan anda dan jangan lupa derma ikhlas kepada guru anda, juga tolong sponsor jamuan nasi beriani utk majlis aurad setiap minggu, sewa ProDarulSaka jgn dilupa, yuran silat jgn liat bayar.....bantulah Belagak dengan hadiah bukan sedekah, dia kan ahlilbait mana makan sedekah.

Wassalam

8 comments:

  1. alamak, bro..takkan nak tetibe jadi hero, kot..
    hehe.. ko fitnah dia kaw2, pastu nak blah dah..? aduhh.. anti climax ker.. datang jer darulsaka tu.. kasi bertentang mata, laa.. baru lelaki.. kekeke... ni cara perempuan ni.. sembunyi2.. kah..kah.. tapi, nama umar.. dah lelaki dah..
    agaknya ni kumari kot?? kekekeke..

    ReplyDelete
  2. takda satu pun ayat fitnah dia yang aku tgk

    ReplyDelete
  3. ntah nye.. ntah biler si umar ni fitnah..
    solat malaikat satu rakaat, IBLIS LAKNATULLAH ADALAH NABI KHIDIR.. mana ada si umar ni tulis kat atas tu.... bute ke ape, anonymous..

    ReplyDelete
  4. ayat2 ko sume macam kene rasuk setan je..aku baca pon rase jijik..

    ReplyDelete
  5. jgn ckp cam tu bro, dia guna ayat yg mmg serupa dgn belagak guna...so kalau lu kata dia punya ayat mcm kena rasuk setan, nak baca pun jijik, itu sama mcm menghina tok belagak juga...kang kena mati kote kang padan muko...he he he...kalau belagak pandai pulak lu kata itu cuma kaedah penyampaian...so what??? sama lah dgn Umar, ini cuma kaedah penyampaian shj, kalau kaedah penyampaian yg sama atau nerd aje, org pun maleh nak baca....

    ReplyDelete
  6. udah tu, kalo dia dah tau belagak tu x betol, yg die gi tiru lagi bwatpa..sama2 bengong..

    ReplyDelete
  7. tu lah.. aku setuju ngan umar, tuu.. cakap pun mencarut sana sini.. pastu, tuduh tak tentu pasal.. belagak ingat dia terrer sgt ke? Allah lagi terrer la.. Setakat mencarut2 mcm org takde agama tu, umar lagi terrer lah.. ape la belagak..

    ReplyDelete
  8. copy dari blok mail kacip, http://ilmuhaq.blogspot.com

    mail kacip pun fire belagak juga.

    TOK BELAGAK SOMBONG DARUL SAKA ADALAH BATHIL

    Untuk pengetahuan umum saya telah beberapa kali menyeru tok belagak untuk berjumpa dan berbincang berkenaan Ilmu Haq dan Ilmu Bathil. Tujuan saya mengajak tok belagak berbincang adalah hendak menunjukkan jalan keluar dari kebathilan dan mengambil yang Haq sahaja.

    Ilmu yang diajar oleh tok belagak banyak yang bathil jika tok belagak tak disedarkan maka akan bertambah ramai lagi manusia akan terjerumus kelembah kebatihalan angkara tok belagak. Tok belagak mendakwa boleh buang saka tetapi hakikatnya saka itu tidak juga pergi malahan tok belagak sendiri ada saka besar yang masih ada dalam dirinya. Sebenarnya tok belagak tak tahu cara yang betul kaedah membuang saka. Saya hendak menunjukkan kepada tok belagak kaedah yang betul-betul berkesan untuk membuang saka namun respone dari tok belagak amat negative malah mencaci, menghina, memperlekeh dan memperolok-olokkannya. Kebanyakan ilmu yang di ajar oleh tok belagak berbentuk sihir seperti ilmu pengasih dan banyak lagi.

    Banyak setan dan kuncu-kuncunya telah menjadikan tok belagak sarang markasnya kerana ilmu dan amalan tok belagak yang salah. Sesiapa saja yang berguru dan mengambil ilmu dari tok belagak maka setan dari tok belagak akan mengikut orang yang belajar dan mengambil ilmunya. Setan akan terus membiak dan menjadikan pengikutnya markas baru. Oleh kerana tok belagak tidak keluar dari kebathilan maka apa saja perkara dan ilmu tok berlagak adalah kotor walaupun ada juga ilmu yang nampak baik dari tok belagak maka ia tetap bersetan. Sebagai contoh bekas yang telah digunakan berisi racun jika tidak di basuh dan dikeluarkan racunnya kemudian digunakan pula untuk mengisi susu maka sesiapa saja yang minum susu dari bekas tersebut akan keracunan. Tok belagak sangka ilmunya betul hakikatnya adalah bathil.

    Tujuan saya membuat kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberitahu kepada umum betapa ruginya belajar dan mengambil ilmu tok belagak.

    Kepada sesiapa yang telah terambil ilmu dari tok belagak dan sepertinya hendak melepaskan setan dari tok belagak anda PULANGKANlah apa saja ilmu yang anda ambil dari tok belagak dengan melafaskannya sama ada melalui perkataan, tulisan, email, sms, fax kepada tok belagak dan orang sepertinya,

    contoh lafas:

    “Saya sekeluarga(jika dah berkeluarga) PULANGKANKAN apa saja ilmu yang saya ambil dari tok belagak”

    Segala iblis, setan, jin dan kuncu-kuncunya kepunyaan tok belagak yang ada pada diri dan keluarga anda akan kembali kepada tuannya.

    Lepastu jangan ambil apa-apa ilmu dari tok belagak dan tingalkan tok belagak.

    Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan tok berlagak. Sudah banyak kali saya seru tok belagak namun tok belagak terus dengan lagaknya sungguh kurang sopan mencaci, menghina, memperlekeh, memperolok-olok dan saya kesihan kepada sesiapa yang mengambil ilmu tok belagak akan beroleh makhluk durjana. Sia sia belaka belajar dengan tok belagak.

    Saya bukan buat fitnah atau irihati dengan tok belagak. Saya sedia membuktikan kebathilan tok belagak anda nilaikannya sendiri. Tak cuba tak tahu.

    Kepada sesiapa yang hendak mendapatkan penjelasan secara detail dimana bathilnya ilmu tok belagak silalah buat temu janji Insaallah akan dijelaskan. Call 019 3619305

    ReplyDelete