11.7.10

Aku copypaste drp forum harmoni,

http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,4890.465.html

written by AbnormalHeater aka Abnormalsuam:

Member dah nak kena bedah....ceritanya lebih kpd Belagak punya scan saka dan buang saka.

Org dah 50-50 biasanya akan cerita benda yg benar...so layaannnnzzzzzzzzzzzzzzzz.........


"

Aku menulis pada saat-saat kecederaan nih... aku hanya ada beberapa jam saja lagi untuk masuk ke dewan pembedahan. SUKA aku beritahu bahawa chances untuk aku selamat adalah 30% dengan kesan untuk dialisis buah pinggang adalah 75% sama ada untuk selepas pembedahan, beberapa waktu selepas pembedahan mahupun untuk selama-lamanya.

Probability untuk mendapat stroke pula adalah sekitar 55% sama ada pada bahagian otak kiri, kanan mahupun tengah atau ketiga-tiganya sekali.

Internal bleeding, pada normal rate....
Pneumonia rate juga pada kadar yang agak tinggi....

Dengan kata lain, aku berhadapan dengan 70% probability untuk berinternet dan berforum bersama-sama Kurmajalis di alam barzakh. Itu kata doktorlah, manakala kata tok bomoh, baik yang bertauliah mahupun tak bertauliah adalah pelbagai. Begitu juga dengan kata-kata para scanners...

Memandangkan aku tidak berminat dengan apa yang tok bomoh dan scanner katakan, jadi tak perlulah aku tuliskan di sini. Lagipun aku punya tanggapan mudah, depa yang sibuk nak jadi scanners, atau mencari tempat untuk belajar scan ni adalah GOLONGAN atau MAKHLUK yang tak lulus MATEMATIK pada zaman SPM dulu, dan sekarang, untuk menebusnya, KENALAH cari sesuatu yang boleh membuatkan orang kagum...

Aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa pun, kecuali seorang wanita berbangsa Romania bernama Julia Florence Vintilla tentang macam mana aku cheating death lebih kurang 10 dulu. Pada tahun 1999, aku telah didiagnos mempunyai tumor pada pangkal sereblum atau lebih tepat lagi, motor yang menggerakkan saraf dan otot pada seluruh tubuh. Aku pernah menulis tentang Julia dalam blog aku... dan beberapa orang daripada forumers di sini pernah aku tunjukkan gambarnya... mujur aku tak sempat berkahwin... kalau tidak, harus aku mati kena sembelih ngan pompuan yang tersangatlah kuat cemburunya nih!

Doktor jangkakan, aku cuma mampu hidup tidak lebih dari 100 hari!

Masalahnya, aku masih hidup sampai ke hari ini... hehehehe... dan benda tu tak pernah mendatangkan masalah kepada aku. Barangkali benda tu dah pun jadi macam gunung berapi pendam atau gunung berapi mati... mungkin... dan aku tak berminat pun nak tahu pasai benda tuh...

Sorilah kerana aku ambil masa korang untuk membaca tulisan aku kali ini di sini.

Semenjak aku kenal forum, aku tengok kegilaan forumers untuk belajar dan mengetahui ilmu yang bukan-bukan. Bahkan terlalu beriman dengan segala macam ilmu yang diberikan nama pelbagai yang dengarnya hebat sangatlah. Yang aku pelikkan sangat, ada juga manusia yang tidak layak pun untuk mengajar, tetiba menjadi tuk guru pula.

Apa yang aku nampak di sini, ialah KEJAHILAN budak-budak muda sekarang untuk menuntut dan belajar. ADAB dan ADAT belajar sudah tidak wujud langsung. Makhluk-makhluk ini langsung tidak tahu macam mana adab dan adat...

Ada yang senang-senang petik ayat-ayat al Quran, kununnya itulah amalan pada hari sekian-sekian dengan tujuan-tujuan dan khaifiat-khaifiat yang telah ditentukan oleh so-called guru. Ada yang begitu jenuh menghafal zikir itu ini, beberapa Nama dari asma-ul-husna kununnya dengan khaifiat tertentu. Malah ada yang menetapkan selawat sekian untuk sekian gunaannya, zikir sekian untuk sekian ilmunya, Asma sekian untuk sekian gunanya...

Sebenarnya orang yang membuat penetapan sebegitu adalah ORANG YANG TELAH DITENGGELAMI OLEH KEMABUKAN SYAITAN. Dalil dan nas cukup banyak kalau kau orang bukak al Quran dan al Hadis.. malah cerita tentang orang yang berzikir itu ini untuk mendapatkan hak dunia, juga cukup banyak...

Dari satu lapisan, kelihatan pekerjaan berzikir, berselawat, bertahajud bahkan membaca al Quran itu untuk mendapatkan keredaan Allah Taala, sedangkan hakikatnya apa yang hangpa telah lakukan ialah MENSYIRIKKAN Allah Taala, mengotorkan kesucian al Quran dan menyalahgunakan PENYEMBUH dan HIKMAH yang dikaitkan dengan al Quran dengan ajaran-ajaran Iblis dan Syaitan.

Ramai yang tidak nampak kekufuran dan kesyirikkan nyata yang telah dilakukan kerana KEJAHILAN dan KEBANGANGAN sebab tidak pernah tahu tentang sebarang ilmu batin dan dunia kebatinan. Itu satu hallah!

Satu lagi perkara tentang SAKA.... aku dah beberapa kali memberitahu beberapa orang yang terlibat dalam pembuangan SAKA ini...

kalau orang tertentu menilik anda memiliki SAKA dan kemudian ingin membuangnya, ANDA boleh sukat muka orang itu dengan penumbuk dan penerajang... sebabnya orang itu adalah pembohong...

ANTARA perkara pertama yang perlu diketahui untuk menyukat saka di dalam tubuh anda ialah jaluran kedudukan dan hierarki anda, ibu bapa, dan datuk nenek anda... SAKA bukan main tumpang-tumpang anak cucu sesedap rasa, memandangkan SAKA adalah perjanjian antara jin dan manusia...

Bagi mengelakkan anda kena tipu dengan tok bomoh temberang tentang SAKA, anda boleh suruh dia berbual secara langsung dengan SAKA yang dimaksudkan di dalam tubuh anda. Kalau tok bomoh berkenaan tidak boleh berbual dengan saka tersebut atau perbualannya hanya dia saja yang dengar, elok kalau anda potong ajer telinga tok bomoh itu sebab bomoh tersebut memang sah, masa SPM dulu, tak pass Bahasa Inggeris.

Aku ada banyak benda nak dicakapkan tapi tak apalah, cukuplah apa yang aku cakapkan tu bagi membuatkan sesiapa juga yang masuk forum dan mencari ilmu-ilmu hikmat ini mula menggunakan otak dan akal masing-masing....

Seperkara lagi, aku akui, aku pernah menyihir seseorang di dalam forum ini... dan tidak ada sesiapa pun yang tahu tentang perbuatan aku itu sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, aku telah mencabut sendiri sihir itu dari tubuh badannya bila aku tengok kesukaran dia bernafas... dengan izin Allah Taala... semata-mata untuk aku membuktikan seseorang yang terer sangat bercakap tentang ilmu itu ini, adalah seorang PENEMBERANG dan dia tidak mampu pun mengesan sihir bulbul tali!

Tapi tu dululah, masa memula aku join forum ni... masa depa sibuk sangat mencabar orang itu ini untuk menyudi, menyihir, menghantar guna-guna... aku dah lama tinggalkan dunia sihir-menyihir nih terutama semenjak aku bertaubat nasuha...

Semoga penjelasan ringkas yang aku buat sebelum aku masuk ke dewan pembedahan jam 10.30 pagi nanti, dapat mencelikkan mata kau orang semua realiti sebenar hidup di dunia ini.

Biar sehebat dan seterer mana pun kita, akhirnya yang menentukan segala-galanya adalah ALLAH Taala...

Ampun maaf, halalkanlah segala makan minumku, gurauanku dan nasihat-nasihat kerasku kepada kalian semua. Aku menyayangi kalian semua umpama seorang saudara menyayangi saudaranya yang lain... Terima kasih kerana perhatian dan kesabaran kalian menangani kerenahku...

Semoga kita bertemu lagi...

Salamun Alaik... "

No comments:

Post a Comment