24.2.11

Soalan Soalan Lazim


Lotih DEN menjawab..so ada baiknya DEN kumpulkan FAQ dalam blog ni. Ianya akan diupdate dari masa ke semasa.

1. Bolehkah Jin di kurung didalam bekas seperti Botol ?

Boleh...Bangsa lain, aliran lain pun mampu, takan Islam tak boleh.
Mana2 Ustaz yang kata tak boleh dan ada dalil..please check your dalil.
Ini kerana benda ni proven, boleh di check guna peralatan moden.an

Dalil Al-Quran dan Hadis tidak pernah salah...Penafsirnya mungkin salah.

2. Bolehkah Jin diikat ?

Boleh

3. Bolehkah Jin mengaji Al-Quran ?

Boleh. Tak kira apa agama Jin yang merasuk pun ..mereka tetap boleh mengaji.
Umur mereka panjang dan mereka yang memang kerja dia nak merosakan anak adam
akan menghafal Ayat Al-Quran seperti mana para Orientalis. Maka jangan mudah
terpedaya. Sepanjang DEN merawat..tidak pernah DEN jumpa JIN Islam yg mengaji
ketika merasuk...semuanya Jin Kafir.

Beberapa pesakit yg didiagnose di rasuk Jin Islam sebelum ini bila sampai kat DEN
aje..DEN terus sesah aje. Terus surender..Orang Islam sejahat mana pun takan nak
mempermainkan Al-Quran ..begitu juga Jin Islam. So sendiri mau ingat.


4. Bolehkah Jin di bunuh ?

Boleh.


5. Bolehkah berkahwin dengan Jin ?

Boleh. ( Den tak mau ulas bab hukum )


6. Bolehkah Jin Membunting Manusia ?

Boleh.


7. Bolehkah Jin masuk dlaam mimpi dan bersetubuh dengan manusia ?

Boleh. Ada yang kata sedap dan ada juga kata sakit. So sendiri rasale,
Nasib Jin tak pakai minyak Jaro.

8. Siapakah bunian ?

Bangsa Jin yang suka mengambil rupabentuk manusia. Selalu juga mencampuri kehidupan
manusia. Terdiri dari pelbagai agama dan ateis.

9. Siapakah Rijal Ghaib ?

Banyak pendapat yang berbeza. Pada pendapat DEN,
Rijal Ghaib ada dari manusia dan juga jin.

10. Antara JIN Saka, Pendamping, Jin Sihir mana yang sukar membuangnya.

Scenario 1 : Ahmad ada Saka Toyol, Pendamping Jin mata satu, Jin Sihir.
Dalam keadaan biasa....Toyol adalah yang terlemah sekali...Namun apabila
ia sudah bertaraf SAKA..lebih sukar membuangnya dari yang lain. ( DEN lainle..
2 second je kalau saka toyol ). Memagar SAKA...Oh no...its your family member so
dia ada access card.

Sihir walaupun agak mudah membuangnya tapi leceh sebab akan sentiasa ada repeat
dari penyihir. Baik sekejap kena balik. kekadang siap ada spy semasa pesakit
dirawat seperti cicak..cengkerik..belalang dll. So untuk perawat sebaiknya angkat
tangan dan ucapkan HELLO IS IT ME YOU LOOKING FOR ? I CAN SEE IN YOUR EYES.

Pendamping ni DEN citor bab lain

10 comments:

  1. kih kih kih woi pondan jawab ini soalan laa, sudah lama dah ni.....

    1) benarkah belagak mengatakan adiputra dan sheikh abdul qadir adalah orang yang sama... kira SAQJ hidup 2 zaman... wallahualam... jawab ye atau x.. den jawab YA.

    2) menurut scan belagak anwar ibrahim meliwat... benar2 dia meliwat.. ye atau tidak. den jawab Ya belagak berkata demikian..( dlm hal ni siapa taksub akan bincang dengan makian)

    3) Sheik MURTDHA BIN HJ AHMAD setan diri pun x lepas... tp selepas beberapa ketika belagak mengesahkan bahawa dapat kasyaf hati.. mcm nik aziz gak.. ya atau tidak. den jawab YA.

    ReplyDelete
  2. Lagi soalan:

    Cuba tanya Tok Belagak : Adakah dia mengamalkan Solat Malaikat ? Atau adakah dia bersetuju dengan amalan Solat Malaikat yang diajar oleh gurunya di Kg. Dulang,Jelebu yang bernama Mat Jali b. Mat Samin. Solat malaikat ialah solat satu rakaat sahaja sehari semalam dan tak perlu solat-solat yang lain.


    Tanya Tok Belagak : Adakah dia beri'tqad bahawa nabi Khidir itu sebenarnya ialah Iblis la'natullah yang telah dihukum kafir oleh Allah SWT. Atau adakah dia bersetuju dengan apa yang diajar oleh gurunya itu di Kg. Dulang itu.


    Tanya Tok Belagak : Adakah dia bersetuju dengan ajaran gurunya menambahkan huruf mim pada qul hu wallahu AH(mim)AD menjadikan ayat Alquran diubah menjadi 'katakanlah bhw Dia Allah ialah Muhammad."

    ReplyDelete
  3. pondan mana berani jawab.

    soalan lazim lagi:

    Bolehkah menuduh zina dgn scan?

    ReplyDelete
  4. Kih kih kumar macam la kau ni suci sangat nak ceramah orang..mulut macam longkang

    ReplyDelete
  5. Petikan daripada buku Tuan Guru Dato' Haron Din, bertajuk Menjawab Persoalan Makhluk Halus: Kaitan dengan Penyakit dan Pengubatan" yang berkaitan FAQ 1 dan 2.

    Soalan:
    Seringkali kita mendengar tentang jin telah ditangkap, makhluk halus dipenjarakan, toyol telah dimasukkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan pelbagai dakwaan lain seperti itu. Bolehkah kita mempercayai dakwaan tersebut? Adakah terdapat asas dalam syarak makhluk halus boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke dalam laut?

    Ringkasan jawapan Dato’ Haron…
    Tuan Guru telah menceritakan kisah Ifrit yang menggangu Rasullah saw bersolat dan ifrit telah ditangkap oleh baginda. Baginda telah berazam mengikat Ifrit pada salah satu tiang di Masjid al Haram. Tetapi baginda teringat doa Nabi Sulaiman yang memohon kepada Allah swt agar kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, menangkap dan mengurung makhlus halus ini tidak diberikan kepada orang lain. Oleh kerana itu baginda melepaskan ifrit itu. (Ada hadis disertakan tentang kisah ini)

    Kesimpulannya Nabi Muhammad saw tidak pernah menangkap atau menambat iblis, bahkan jauh sekali untuk memasukkannya ke dalam botol, dibuang ke mana-mana tempat. Dalam kes Ifrit di atas, walaupun baginda teringin untuk menambat ifrit, namun apabila baginda teringat doa Nabi Sulaiman, baginda tidak melakukannya. Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad boleh menangkap makhluk halus kerana mereka ialah rasul. Namun, tidak terdapat amalan sahabat ataupun tabiin yang menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.

    Jawapan penuh -Sila rujuk m/s 42, dalam buku tersebut.

    ReplyDelete
  6. Panggil sorang kanak kanak yang biasa nampak hantu.budak budak x bohong dan jujur dalam jawapan.suruh dia tengok botol botol yang byak hantu dan jin.kita jadi saksi ramai ramai.

    Memang lah tiada manusia yang lebih baik dari Muhammad SAW.kisah itu Nabi mengikatsecara zahir la. Kami pun menghormati Ustat Harun Din.tapi kau ni kumar asik nak melagakan je.

    Bawak budak yang bleh melihat ke darul saka. Kita saksikan sama sama jawapan dia.

    ReplyDelete
  7. Belagak mengakui akan kewalian Haron Din, sedang Haron Din sendiri tak kenal Belagak (belagak guna nama Haron Din pasal haron din popular, kalau haron din tau mesti dia geli ketiak dengar).

    Kalau belagak mengaku dia NAMPAK, maka lebih-lebih NAMPAK lah akan Haron Din, cuma Haron Din jenis tak BELAGAK nak cerita itu ini...agaknya lah.

    Maka, kalau Haron Din yang lebih NAMPAK drp BELAGAK, cakap siapa kita nak dengar? Cakap Haron Din ke Hanaruddin?

    ReplyDelete
  8. salam. ini jawapan ustaz majid akrine dalam blog beliau berkenaan tangkap jin masuk botol.
    [http://akrine.blogspot.com/2009/09/isu-tangkap-jin-masuk-botol.html]

    Persoalan tangkap jin masuk botol sebenarnya adalah ikhtiar, boleh atau tidak kita serah pada ALLAH. Saya bukan nak lawan guru saya tapi kita diajar boleh berbeda pendapat dan hujjah kita adalah jelas dan sptmana yang cikgu nyatakan ia tidak berbeda dengan teknik pagar rumah.... yg juga diamalkan diDsyifa.

    Jika makhluk halus tak boleh dipagar, kerana dia halus, apa gunanya tabur garam dsb. RasuluLLAH juga pernah pagar sahabat Baginda semasa pergi berdakwah dgn jin. Ertinya kita ada asas dan sunnah Nabawiah.

    Teknik masuk botol adalah transit. Maksud hadis yang RasuluLLAH tak jadi mengikat jin pada tiang mesjid ada beberapa perkara yang boleh difahami:

    1. RasuluLLAH pernah tangkap jin
    2. RasuluLLAH ikat jin
    3. RasuluLLAH lepaskan balik kerana teringat doa Nabi Sulaiman AS

    Kalau kita memahami urutan di atas maka perkara yang ke 3 adalah yang tak boleh dilakukan (terlarang), kerana Nabi SAW melarang mengikat jin untuk tujuan pertunjukan ataupun penyeksaan.

    Perkara 1 dan 2 menunjukan Nabi SAW mampu menangkap dan mengikat dgn izin ALLAH. Samada itu adalah mukjizat Nabi SAW atau tidak, kita serah kepada ALLAH. Yang jelas Nabi SAW ada menunjukan kemampuan untuk menangkap dan mengikat. Selaku perawat kita ikhtiar dan jika boleh maka perkara ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW sebelum kita melakukannya

    Kefahaman saya yang dilarang adalah mengurung jin kerana RasuluLLAH melepaskan semula w'pun jin berkenaan dikategorikan sebagai syaitan yang mengganggu solat Baginda SAW.

    Sebab itulah Akrine tidak mengurung jin, kita hanya transit sahaja bagi mengeluarkan makhluk ini dari tubuh manusia. Bagi yang sudah ada kekuatan, terus sahaja tarik dan hantar ke destinasi pilihan, biizniLLAH.

    Kaedah tarik guna botol ini terbukti berkesan terutamanya bagi kes sihir menggunakan makanan kotor spt darah haid dsb. Ia perlu disedut di kepala pesakit dengan meletakan botol berkenaan dan menarik dgn menyebut nama ALLAH (ALLAHu AKBAR) dengan sebutan yng panjang.

    Kita telah merakam puluhan gambar jin dalam botol, sekurang-kurangnya ini merupakan pembuktian dan bukan khayalan perawat2.

    WALLAHu'alam

    ReplyDelete
  9. keterangan yang memakan diri, cuba baca posting belagak pasal tangkap jin masuk botol, siap dia cerita dia kurung jin dlm botol, belambak botol kat rumah dia....siap tak cukup botol, dewa hindu pun terpaksa kongsi dgn hantu tinggi...he he he, nabi pun tak kurung jin, belagak kurung jin....agaknyalah belagak ni lebih tinggi maqamnya dari pada rasulullah saw kot....

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...
    mudahnya kita ditipu oleh jin dan syaitan, kena belajar lagi la nampaknya kalau nak merawat org.. jgn sampai kita menipu manusia lain selepas syaitan dan jin menipu kita... tolong jaga kemurnian islam dan kepercayaan masyarakat terhadap pengamal perubatan islam..

    ReplyDelete