25.2.11

Malikul Mulk

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah ra, bahwa Nabi saw. bersabda:
"Sesungguhnya nama yang paling rendah di sisi Allah Taala adalah orang laki-laki yang memakai nama raja segala raja.

Dalam suatu riwayat, Muslim menyebutkan:
Orang yang paling dimurkai di sisi Allah pada hari kiamat dan yang paling buruk adalah orang yang memakai nama raja segala raja, sedangkan tidak ada raja selain Allah.

Kenapa tak boleh guna gelaran atau nama Raja segala Raja? Bukankah raja tu manusia....kita faham tuhan itu adalah tuhan dan raja adalah raja....so kalau ikut akal tak salahpun guna nama atau gelaran RAJA SEGALA RAJA.

Alasan tidak boleh menggunakan gelaran Raja segala Raja kerana dalam surah An-Nas ada menyebut bahawa Allah swt ialah MALIKINNAS = RAJA KEPADA MANUSIA.

SIFU SEGALA SIFU (sifu adalah daripada bahasa cina dialek kantonis/guangdong), jika bahasa mandarin (bahasa rasmi China) disebut LAO SZE. Dalam bahasa Melayu bermaksud guru atau pengajar atau sesiapa yang mengajar.

Persoalannya bolehkah gelaran SIFU SEGALA SIFU atau guru segala guru digunakan oleh manusia?

Dalam surah al-Alaq ada menyebut ÁLLAMAL INSANA MAA LAM YA'LAM = DIA (ALLAH) MENGAJAR MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUI (OLEH MANUSIA ITU)

Dalam konteks ini, seandainya Allah swt menyebut Dia sebagai Raja kepada sekelian manusia dan Dia murka jika ada sesiapa yang mengaku atau menggelar diri sbg Raja segala Raja (malikul mulk)........

Maka Dia juga memberitahu manusia bahawa Dia mengajar manusia apa yang manusia itu tidak tahu. Tidakkah Allah swt murka jika seandainya ada di kalangan manusia yang menggelar dirinya GURU SEGALA GURU atau SIFU SEGALA SIFU sedangkan guru segala guru adalah Allah swt yang mengajar manusia apa yang dia tidak tahu?

Adakah Allah swt murka jika seorang manusia menggelar dirinya RAJA? Tidak, raja atau al-malik boleh digunakan oleh manusia.....begitu juga gelaran GURU, tidak salah menggunakan gelaran guru.

Yang salahnya adalah RAJA SEGALA RAJA dan SIFU SEGALA SIFU... gelaran2 ini mengundang MURKA Allah swt dan seburuk-buruk gelaran (menurut hadith).

Apatah lagi yang mengaku sebagai SIFU SEGALA SIFU ialah orang yang juga menggunaan gelaran yang buruk seperti BELAGAK....semua org tau berlagak adalah satu sifat MAZMUMAH.

Megah adalah satu daripada penyakit hati.....siapa boleh kata Hanaruddin tidak berlagak tidak bermegah.....siapa kata hanya dlm blog shj dia berlagak.....kalau yang jumpa setakat sekali dua, takyah nak nilai lah.....jadi anak murid baru tau.

So gandingan SIFU SEGALA SIFU DAN TOK BELAGAK kita dah tau dah siapakah Wali ini samada wali A atau wali I.

NABI PUN TAK BERLAGAK, YANG BERLAGAK HANYA AZAZIL JE.

wa maa asálukum alaihi min ajr, in ajriya illa ála rabbil álamin.

Bukan emas yang kupinta, bukan juga menjual produk, bukan juga marketing kursus, tidak juga marketing pusat perubatan, bukan kerana upah, bukan kerana apa-apa....

lillahi taala




3 comments:

  1. Rasulullah saw b'tanya kpd sekumpulan Shbt, “Tahukah kamu, org gila yg sebenar2nya?” Para Shbt m'jwb, “Tak tahu, ya Rasulullah”. Lalu Rasulullah m'jelaskan, “Org gila ialah org yg b'jln dgn takbur, memandang rdh kpd org lain, m'busungkan dada, m'hrpkan syurga sambil m'buat maksiat & kejahatannya m'buat org tdk aman dan & kebaikannya tdk p'nah dihrpkan. Itulah org gila yg sebenarnya”.

    ReplyDelete
  2. ko kata sapa gila sebenarnya ni? TB tak gila lah, kalau gila macamana TB berniaga dengan orang, emas, jaro dll. apalah kau

    ReplyDelete
  3. sori aku copy paste ayat mail kacip:

    nak tahu bathilnya tok belagak senang je sesiapa yg pernah belajar ilmu dari tok belagak secara langsung atau tidak sila pulangkan macam contoh di atas anda akan rasa sesuatu objek keluar dari tubuh itu adalah syaitan dari tok belagak yg keluar dan kembali kepada tuannya. kalau tok belagak dalam HAQ tak ada rasa apa apa. lepas pulangkan ilmu tok belagak hati akan rasa tenang dan lapang itu lagi satu bukti.

    bila sudah dipulangkaan biasanya tuan punya ilmu bathil jadi tak tentu arah sebab syaitannya makan tuan.

    ReplyDelete