25.2.11

Siapakah dia Waliullah?

Waliullah ertinya orang yang benar-benar hampir kepada Allah SWT. Orang ini ialah insan yang istimewa di sisi Allah SWT, sentiasa memahami dan mentaati perintah Allah dalam semua perkara serta menjauhi semua larangan Allah SWT. Waliullah memang wujud dari dahulu sehingga sekarang.

Di dalam Al-Quran surah Yunus, Allah SWT berfirman,

ألا ان أولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون (62) الذين ءامنوا وكانوا يتقون (63)

Maksudnya : Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran ke atas mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (62) (Iaitu) orang-orang yang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. (63)

Adakah wali akan mengaku dia adalah wali ?

Persoalan, bolehkah seseorang manusia mendakwa bahawa dia adalah wali Allah ? Prof Haron Din dalam satu rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah keluaran 1-15 Januari 2007 menulis, Tidak pernah saya berjumpa dalam sebarang sumber sejarah Islam tentang seseorang wali Allah mengaku yang dia adalah wali Allah.

Kerana ini bertentangan dengan sifat para wali yang bersifat tawaduk sepanjang waktu, tidak bercakap banyak apatah lagi yang tidak perlu dan menyisih diri daripada masyarakat kerana bimbang takut dikenali sebagai wali. Oleh itu seseorang yang mengaku dan mendabik dada bahawa dia adalah wali, ia mewujudkan perasaan riak dan takabbur. Kalau orang biasa dilarang bersifat seperti ini apatah lagi mereka yang sudah sampai ke makam wali.

Tegasnya umat Islam jangan sekali-kali mudah tertipu dengan dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa dirinya adalah wali.

Mengatakan si pulan ialah Wali Allah

Bagaimana pula dengan dakwaan seseorang yang mengatakan bahawa si pulan itu ialah waliullah dan dikurniakan pelbagai karamah. Seperti seseorang itu berkata,

“Kau jangan main-main, dia tu wali Allah. Dia ada karamah !”

Bagi menjawab persoalan ini, memetik tulisan Dr Basri Ibrahim, pensyarah pengajian Islam Universiti Darul Iman Trengganu, dalam bukunya Himpunan isu-isu Feqah terpilih, beliau mempersoalkan dari manakah kita mengenal seseorang itu sebagai wali Allah.

Siapa yang mengesahkan kewalian dan kekaramahan yang berlaku ke atas dirinya ? Sedangkan yang betul-betul mengenal seseorang itu wali dalam ertikata yang sebenar ialah Allah SWT sahaja. Kalau betullah orang yang di dakwa itu wali Allah, maka jalan yang paling selamat ialah berserahlah kepada Allah SWT, biarlah Allah SWT sahaja yang layak menentukannya.

Al-Imam As-Syafie pernah menegaskan, bahawa jangan mengukur seseorang itu melalui perkara ghaib yang berlaku ke atas dirinya. Kata beliau,

اذا رأيتم الرجل يطير فى الهواء ويمشى على الماء فلا تجعلوا بالحكم
بصلاحه قبل أن تقيسوا أمره بكتاب الله عزوجل

Maksudnya : Jika anda melihat seorang lelaki mampu terbang di udara dan dapat berjalan di atas air, janganlah anda cepat-cepat menghukum yang ianya seorang soleh sebelum anda benar-benar membandingkan urusannya dengan Kitab Allah.

Macam mana pula dengan dakwaan yang mengatakan si pulan dilihat berada di Mekah sedangkan jasadnya berada di tanahair

Dan bagaimana pula dengan dakwaan-dakwaan atau kisah yang diperolehi daripada orang ramai yang mengatakan sipulan itu dilihat mengerjakan solat di depan Kaabah atau mengerjakan Haji di Mekah sedangkan jasadnya ada di tanah air ? Adakah kisah-kisah seperti ini boleh dipercayai ?

Bagi menjawab persoalan ini hendaklah kita melihat perjalanan hidup (sirah) Rasulullah saw. Sejarah membuktikan setelah Rasulullah saw berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda amat rindu untuk kembali ke Mekah. Kerinduan baginda itu sehingga membawa kepada termimpi-mimpi yang mana baginda dan orang-orang Islam dapat masuk ke Mekah, bercukur dan bergunting dalam keadaan aman.

Namun itu hanyalah sekadar mimpi. Sejarah mencatatkan Rasulullah saw hanya berjaya memasuki kota Mekah dan bersolat di depan Kaabah setelah baginda dan para sahabat berjaya membuka kota Mekah. Kalau benarlah seseorang itu boleh mengerjakan solat di depan Kaabah, dalam masa yang sama jasadnya ada di tanah air, maka orang yang selayaknya mendapat keistimewaan ini ialah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Tetapi dalam tempoh kerinduan itu tidak pernah tercatat dalam sejarah, penduduk Mekah melihat Nabi saw bersolat di depan Kaabah.

Sejarah juga mencatatkan, dalam tempoh sepuluh tahun Rasulullah saw tinggal di Madinah sehingga wafat di situ tidak pernah seorang sahabat melihat Rasulullah saw bersolat di depan Kaabah sedangkan jasadnya ada di Madinah. Sekiranya ada tentu hal ini akan dirakamkan di dalam hadis-hadis baginda.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada para sahabat selepas kewafatan Rasulullah saw. Siapa yang tidak kenal sahabat-sahabat Rasulullah saw seperti Abu Bakar yang mana kalau ditimbang semua makhluk yang ada di langit dan di bumi, tidak sama beratnya kalau dibandingkan dengan iman Abu Bakar. Tidak pernah tercatat dalam sejarah, tokoh yang sehebat ini ada mendirikan solat di depan Kaabah sedangkan jasadnya ada di Madinah.

Begitu juga dengan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a yang mana tokoh ini pernah disebut oleh Rasulullah saw, kalaulah ada Nabi selepasku, maka Umar layak menjadi Nabi. Tidak pernah tercatat dalam sejarah Islam sepanjang beliau menguruskan Negara Islam yang berpusat di Madinah ada orang melihat kelibatnya sedang sembahyang di depan Kaabah. Demikianlah hal yang sama tidak pernah berlaku ke atas tokoh-tokoh Islam yang lain seperti Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali kwj, Bilal bin Rabah, Abdur Rahman bin Auf dan ramai lagi.

Perjalanan hidup tokoh-tokoh ulama tasawwuf besar Islam seperti Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, Rabiatul Adawiah, Abdullah bin Mubarak dan ramai lagi pun terpaksa menempuh perjalanan yang memakan masa berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk menunaikan fardhu Haji. Mereka hanya bersolat di depan Kaabah setelah mereka tinggal di sana.

Kita bimbang dakwaan-dakwaan seperti ini datang daripada musuh-musuh Islam. Bagi orang-orang yang jahil yang malas mendirikan solat akan menjadikan kisah ini sebagai satu helah untuk mereka meninggalkan solat. Mereka akan mengemukakan alasan yang mereka juga mendirikan solat di Kaabah atau di Masjidil Haram atau di Masjid Nabawi untuk mengelakkan diri daripada hukuman atau untuk menipu orang ramai yang kebetulan pula cetek ilmu pengetahuan.

Justeru itulah Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi menjelaskan,

“ Kita suka memberi peringatan kepada masyarakat tentang tipu daya yang dilakukan oleh orang-orang yang mendakwa dapat bersolat di depan Kaabah sedangkan dirinya berada bersama orang lain di di kampong atau di negaranya. Mereka ini adalah sumber fitnah kepada orang ramai dengan cara menarik mereka kearah mencanggahi perintah Allah dan membuka laluan mudah untuk meninggalkan suruhan Allah SWT. Orang ini adalah sebesar-besar bala kepada Islam. Cukuplah kepada kita ajaran penghulu kita Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya sebagai panduan dan penolong. Mereka adalah orang yang diberi pertunjuk oleh Allah. Pertunjuk ini adalah segala-galanya bagi kita”.

15 comments:

  1. "Korang nak tau, den ni wali, ahlul bait lagi" Belagak

    ReplyDelete
  2. bagaimana pula saidina umar al-khattab yang sedang berkhutbah di madinah boleh memberikan arahan kepada khalid ibn walid dan tentera ISLAM yang sedang berperang dgn musuh ISLAM dan akhirnya memperolehi kemenangan?

    ReplyDelete
  3. Klau jumpa Rasulullah konpem wali bebbbb!!!

    Sbb x da makhluk halus yg b'upaya menjelma menyerupai rupa Rasulullah kan kan kan kan

    Kau tak yah tersengih lah MuSHIT belagak, gigi kau kan jonggang sikit!!!

    Bmimpi/b'yakazah btemu dgn Rasulullah sering kali timbulkan kekeliruan apabila iblis dan syaitan menjelma myerupai orang2 ttt spt rupa Abu Lahab @ Abu Jahal, lalu menjelmakan dirinya pada sesorg dengan mendakwa yang dirinya adalah Rasulullah s.a.w.

    Meh! kita renung2kan

    1. Dlm kehidupan skrg, siapa yg dpt membezakan @ mengesahkan antara rupa Rasulullah dengan rupa Abu Lahab ataupun Abu Jahal. MuSHIT Mat Jali b. Mat Samin Kg Dulang, Kuala Kelawang mungkin leh kot!

    2. Agak2 Rasulullah s.a.w. sudi ker berjumpa dgn MuSHIT2 yg suka hati bapak dia menuduh org berzina bpandukan scannya.

    3. Agak2 Rasulullah s.a.w. sudi ker berjumpa dgn MuSHIT2 yg suka mendoakan kemusnahan org islam yg lain terutama anak2 muridnya yg tak sebulu dgnnya.

    4. Agak2 org yg bertemu Rasulullah s.a.w., perangai dia cam Rasulullah s.a.w. atau cam Abu Lahab ataupun Abu Jahal

    ReplyDelete
  4. wakakakkak...ko jeles ker kalau dia kata mcam tu...bukan kurang pon bulu celah kangkang mak ko umar...yg ko sakit wat apa...mak ko pon itam...

    ReplyDelete
  5. ahlul bait? patut lah , boleh masuk khemah Nabi.

    "Korang nak tau, den ni wel,wel, ahlul pariah lagi" Belagak

    ReplyDelete
  6. wali tak kan berlagak....kalau wali takkan mengaku dia wali....pernah dengar ke umar ra. mengaku dia wali?

    hassan basri penah mengaku dia wali ke?

    saqj ada pernah mengaku dia wali ke?

    imam shafiee, hambali, maliki, hanifah ada mengaku dia wali ke?

    ReplyDelete
  7. Syeikh Abdul Qadir Jailani pernah berkata kakiku di atas tengkuk para2 wali

    ReplyDelete
  8. den wali.. bapak den pun wali... wat de hek?

    ReplyDelete
  9. Sedang hadith nabi pun ada klasifikasi hadith mutawattir, hadith khabarul ahad, hadith hasan, hadith dhoif, hadith maudhu....dan boleh diselidiki melalui perawi dan sanad yang sampai ke pada rasulullah...

    so jgn nak gebang pasal SAQJ pernah kata itu ini lah.....semua org boleh cakap, cerita Tok Selampit boleh la......

    cakap2 para tabien ada sanad atau perawi ke cam hadith nabi? sedang hadith nabi pun ada yg dipalsukan inikan pula cakap2 tabi'ittabien.....

    sapa boleh sahkan? tu lah org suruh belajar agama korang belajar agama untuk dunia, belajar lak drp ahli dunia (ahli public gold, ahli tribulus, ahli minyak kelapa dara) untuk tujuan keduniaan pulak.....zikir juta2 lepas solat utk dapat scan utk dapat kelebihan dunia....nampak cam tawadhu'.....kesian...mereka2 yang tertipu dgn dunia...segala2nya dunia...agama dijadikan alat utk mendapatkan dunia...

    ReplyDelete
  10. Ko nak percaya sapa Haron Din ke, HaNARuddin Baharuddin? Sedang hanaruddin pun mengakui akan kewalian Haron Din, kekasyafan Haron Din....tapi Haron Din HARAM tak kenal Tok Belagak (sengih je dia kalau dia tau ada org bergelar Tok Belagak yg suka pinjam2 nama dia utk GLAMER)...SO CAKAP SAPA YANG KORANG NAK DENGAR?

    dah tentu Haron Din lebih 'NAMPAK'drp HaNARuddin.

    ReplyDelete
  11. Wali dah top up wali tu...jaga nkorang semua
    Belagak nak armegeddon
    Tapi sarip Dol nak jumpa gigil dia

    p/s :Tiap2 hari org melayu diperbodohkan dengan si bodoh yg mengaku berilmu

    ReplyDelete
  12. Aku tak tahu dari mana dalil kitab Syeikh Abdul Qadir Jailani berkata demikian. Tapi cuba fikir logik, adakah Syeikh Abdul Qadir melaungkan dakwaan demikian depan umum, depan ratusan umum spt tok guru korang laung dpn umum dlm tenet maqam kerohanian dia.

    Kebanyakkan kisah wali2 biasanya cerita begitu dia cerita hanya kpd sahabat karibnya atau murid kananya atau org suruhannya. Slps dia mati barulah kisah ini tersebar. Jadi renung2kanlah.

    ReplyDelete
  13. Ye la klau dia bagitau..orang orang keji maca korang ni mesti jeles..pastu kutuk sana sini..so wali mana nak bagitau wahahaha..tak boleh orang lain leboh sikit..

    Aku niat lillahitala ni..takut korang terlampau kuat dengki menghina..masok neraka

    aku nak selamat kan korang gakk...

    ReplyDelete
  14. kena la baca dan kaji sejarah. andai benar sememangnya SAQJ ada berkata begitu macam mana? mungkin masa zaman tu internet belum ada jadi medium begini tidak dapat digunakan.
    dakwah pun ikut peredaran zaman, takan fitnah jer boleh guna internet, perkara benar tak boleh.

    ReplyDelete
  15. SAQJ pernah berkata "Aku adalah wali segala wali, tidak ada yang lebih tinggi maqam kewaliannya daripada diriku"

    SAQJ juga berkata "andai dihitung amalan segala wali-wali Allah swt di muka bumi ini hingga hari kiamat, tiadalah dapat mereka menandingi amalanku"

    Rasulullah saw bersabda "Ikutlah Tok Belagak, kerana antara aku dan dia tiada perantaraan. Dialah gedung ilmu"

    Sabda nabi lagi " Jika kau melihat seorang yang berilmu tinggi lagi bermegah-megah dengan ilmunya serta merendahkan yang lain maka ikutilah dia kerana melaluinya Allah swt mengilhamkan ilmu yang banyak"

    SAQJ berkata "Perbandingan aku dengan para sahabat adalah ibarat debu yang melekat di bawah kaki kuda para sahabat"


    SOALANNYA, YANG MANAKAN DARI KENYATAAN DI ATAS YANG BENAR?

    ReplyDelete